ღ Annyeonghaseyo! ღ

Saturday, September 29, 2012

Orang Gila@Tak Siuman

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...
haa mesti semua tertanya-tanya kenapa tajuk aku kali ni berkaitan "orang gila@tak siuman"...untuk tidak membuang masa aku cerita terus la senang k...

gambar ini sekadar hiasan tak kena mengena dengan yang hidup mahupun sudah meninggal dunia dan tiada niat untuk mempersendakan...



Dah banyak kita melihat ramai orang di negara kita menjadi gila ataupun dalam bahasa lembut sikit tak siuman...selalunya kita melihat orang-orang macam mereka ini kita selalu rasa jijik,yala mesti la kan sebab mereka ini tiada tempat untuk bersihkan diri begitu juga dengan pakaian dan tempat tinggal  mereka...tapi pernahkah kita berfikir tentang masalah yang mereka hadapi sehingga mereka boleh jadi tidak siuman seperti ini??? dari segala pengalaman aku..aku dapati semua yang jadi macam ni segelintir dari mereka adalah seorang yang bijak,kaya,berpelajaran,tetapi mereka di khianati oleh sesama manusia ataupun menghadapi masalah yang begitu besar sehinggakan mereka tidak dapat berfikir secara rasional dan mereka jadi begini...dan ada pula sesetengah yang bermasalah dengan keluarga yang memberi tekanan kepada mereka,dan mereka terlalu berfikir cara untuk menyelesaikan masalah tersebut tetapi ditekankan dengan masalah-masalah lain juga...

Apa yang ingin aku cerita kan ini adalah tentang diri aku dan dia...adakah kami akan jadi seperti mereka suatu hari nanti??? mungkin kerana terlalu tekanan,kami berfikir segala masalah dan ingin selesaikan semua masalah kami tetapi di asak dengan masalah lain...tapi peranan keluarga itu lagi penting bagi aku..tetapi masalah semua ini berpunca dari mereka sendiri...sekarang kami perlu banyak bersabar dan redha dengan apa yang akan jadi...aku hanya berserah kepada ilahi...dia lah akan menentukan semuanya...

Aku boleh terfikir benda ni sebab semalam aku p night market batu feringgi...dan aku nampak beberapa orang yang dalam keadaan tertekan...serabut,jijik,keadaan tidak terurus...dan aku terbayangkan adakah itu aku pada masa akan datang??? 

Sunday, September 23, 2012

Aku rasa lega dan bangga...

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...
..ha tu dia aku mai dah..hehehehehe...kepada pembaca-pembaca blog sihat ka semua? harap sihat la noh...kepada yang menjadi stalker,aku harap hampa bahagia noh hehehehehe...

Ok sekarang aku nak cerita berdasarkan tajuk yang di berikan hehehehehhe gila gila tak aku hhehehehhe...kenapa aku rasa lega dan bangga dengan diri aku...sebab apa tau...ni sebabnya...pada 21 september 2012...tarikh yang istimewa buat aku...aku tak pernah lupa tapi aku buat buat lupa..biasa la suprise kan hehehehhee...so hari tu atau tarikh tersebut aku telah bagi hadiah kepada awek aku...sebab hari jadi dia la masa tu...dan aku rasa lega sebab dia terima walaupun tak seberapa...dan aku rasa bangga sebab aku boleh gak bagi apa dia suka dan dia nak sangat...masa tu dia ingat aku tak bagi apa pun kat dia dan dia ingat aku lupa pasal hari tu...tapi aku saja ja...nak bagi dia suprise la katakan hee..aku suka sangat tengok dia happy macam tu..sekarang aku tak tau la apa dia buat dengan hadiah yang aku bagi tu...haih...

Dan haa hari ni...kira hari ni la dah nak pukui 12 tengah malam kan...hari ni 24 september 2012...haa ni hari jadi mama aku...hee...selamat hari jadi mama...hee...dan hari ni aku dan awek aku bagi barang yang dia suka sangat...dia suka pinggan mangkuk yang cantik cantik...tapi kali ni aku bagi gelas kat dia...awek aku pun sama..saja la sebab pinggan dah banyak kan...dan dia excited sangat...dia suka gila...seronok gila mama aku tadi...iskkk aku rasa bertuahnya...dan aku rasa lega sebab mama aku suka dengan apa yang kami bagi dan aku rasa bangga sebab aku tau apa yang mama aku suka...hee...bangganya...

dan sekarang aku rasa lega gila...settle...aku suka tengok orang yang aku sayang gembira...walaupun aku sendiri tak rasa macam tu kan...biarlah aku susah,aku sedih janji orang yang aku sayang kena gembira dan senang...baru aku akan rasa lega...dan sebab ni la aku bangga dengan diri aku...kan aku dah cakap
"aku tak ada apa orang lain ada,tapi aku ada apa yang orang lain tak ada"
pasal hadiah maaf aku saja tak mau boh sebab aku bagi bukan untuk menunjuk...tapi kalau orang yang terima hadiah nak boh...ikut suka mu la ye...aku nak tido dah esok kerja yeahhh...assalammualaikum...

Monday, September 17, 2012

Tabahkan diri...

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...
aku kembali dengan cerita yang berlainan...bukan nak cerita sangat pun..cuma nak ingatkan diri aku dan semua orang la...apa yang aku nk cerita ni bukan sahaja berkaitan dengan aku..tapi dengan sayang aku dan juga semua orang la...pasal bercinta la juga...untuk orang yang belum kahwin atau yang dah cerai pun boleh baca hahahahaha...maaf la aku memang suka merapu macam ni sebagai mukadimah hee...

Macam ni ceritanya..apabila kita semua manusia di ciptakan di dunia ni...kita semua akan berada,menhadapi,berdepan dengan masalah dan ujian ujian yang di berikan oleh ALLAH S.W.T untuk kita semua sebagai manusia...NABI MUHAMMAD S.A.W pun terima ujian...dan ujian yang beliau terima lebih berat dari kita sebagai manusia biasa...ini kerana ALLAH S.W.T hanya akan turunkan ujian ujian yang setimpal dan ujian yang kita boleh hadapi..ini kerana ALLAH S.W.T tidak kejam...malah maha penyayang...tapi kita rasa ujian itu berat terhadap kita...sebab tu kita kena selalu ingat minta kepada-NYA supaya ringankan segala ujian...terutama ujian dalam hidup berpasangan....macam ujian yang aku sedang hadapi ni la...

Aku dengan awek aku tenpuh bermacam-macam ujian dan halangan yang aku rasa terlalu berat...tapi aku amat bersyukur kerana aku di berikan kekuatan yang amat kuat untuk aku tempuhi segala ujian dam halangan yang sedang kami hadapi sekarang ni..mula mula aku rasa tertekan sangat dengan masalah masalah yang menimpa kami...tapi sekarang aku rasa aku kuat untuk hadapi semua ni...dan sekarang aku rasa aku sangat tenang...walaupun banyak masalah yang sedang melanda aku...dan masalah yang paling teruk sekarang berpunca dari ahli keluarga...tapi aku percaya hubungan aku ngn awek aku sangat kuat sebab tu aku berani berjuang dan aku berani ke hadapan untuk berlawan dengan segala ujian yang di berikan...dan masalah yang di lemparkan kepada kami...dan aku berharap awek aku pun ada kekuatan untuk hadapi segala ujian yang di berikan...


"Ya ALLAH,kau berikanlah kami kekuatan untuk hadapi segala ujian mu ini ya ALLAH..Ya ALLAH jikalau boleh,kau kurangkan lah beban ujian mu ini ya ALLAH...kerana kami hanyalah hamba mu yang lemah lagi hina...dan kuatkanlah hubungan kami sampai kami tidak bernafas lagi...aku sebagai hamba mu yang hina lagi lemah mohon dan merayu kepada mu ya ALLAH...AMINNNN"

Sunday, September 9, 2012

Akan Dapat Atau Dah Dapat???

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...
haih dah lama aku tak update blog ni aih...bukan apa agak malas sebab masih ada stalker stalker yang setia menanti hasil karya aku hahahahaha...ok la ni la aku nak tulis ni...baca elok elok noh...hehehehehee
hari ni selesai sudah khusus kahwin aku...fuhhhh punya meluat la aku nak p sana...yala sapa yang nak p kan dah la dari pukul 8pagi-5petang...gila ka apa sama waktu kerja aku ja..tapi aku kerja 9-5.30 la...nasib dah habis semua ni...tapi banyak lagi benda nak buat...nak selesai kan pasal tunang dulu lepas tu terus fikir pasal kahwin...sebab aku tak mau lambat lambat...kalau boleh nak cepat...bukan gatai atau ikut nafsu tapi nak keluaq dari masalah yang dok ada sekarang ni ja...macam macam masalah ada...tapi secara tak langsung aku nak mendirikan masjid...bukan nak buat kerja jahat kan...duit dah ada kan nak buat macam mana...alang alang buat terus la senang...
Tapi sebelum tu aku nk ucapkan ribuan terima kasih pada semua yang terlibat memberi sokongan yang kuat kepada aku dengan sayang aku(anin)...terutama keluarga dia...Mak(tok),Mama,Pakchaq,Paksu...depa ni la banyak bagi sokongan yang kuat kat kami sampai kami boleh sampai macam sekarang...sebut ja pasal depa ni aku jadi sebak sangat sangat...yela mana aku tak sebak kan...depa layan aku macam ahli keluarga depa sendiri...serius la aku cakap...keluarga aku sendiri aku pun tak pernah layan aku macam tu...nak tau macam depa layan aku tak??? kalau tak mau tau tak payah baca part ni aku tetap nak cerita gak...macam ni depa layan aku...aku mulakan dengan MAMA dulu ya..MAMA..ibu kepada anin awek aku la...bakal bini aku hee...MAMA ni layan aku terlalu baik sampai apa pun aku ja...dan banyak gak la support aku...tambah tambah masa aku p buat show kat KL hari tu...dan MAMA percaya kat aku...MAK(tok) plak...MAK ni anggap aku macam anak dia dah...dia layan aku macam anak dia betul...bagi aku makan..jaga makan minum aku sampai sanggup hidangkan makanan kat aku,masak kat aku,masak apa yang aku nak makan pula tu...ambil berat pasal aku...dan MAK juga la yang banyak tolong aku dalam banyak hal...PAKCHAQ pula layan aku macam anak menakan dia...puji aku nonstop hehehehe macam tu gak dengan isteri PAKCHAQ,MAKCHAQ layan aku baik sangat...PAKSU pun sama juga...tak mau cerita panjang la benda paling hebat bagi aku,PAKSU bagi aku aiq sebab masa aku makan tak ada aiq...aku lupa jasa DADDY...DADDY adalah bapa tiri kepada anin...dia pun baik gak dengan aku...banyak dah dia tolong aku sampai benda paling berharga untuk aku ialah motor dia,dia bagi terus kat aku...bagi macam tu ja tau...lepas tu sepupu sepupu anin pula layan aku macam sepupu depa...macam tu juga dengan adik adik anin...

Ya ALLAH,kau telah berikan aku sesuatu yang aku inginkan selama hidup aku ya ALLAH...kau telah berikan kebahagiaan sebuah keluarga dalam hidup aku walaupun aku tak pernah rasa dalam keluarga aku sendiri...aku bersyukur kepada mu ya ALLAH...ya ALLAH ya TUHAN ku yang maha PEMURAH lagi maha PENGASIH,kau berikanlah kebahagiaan kepada keluarga ini,berikanlah mereka rezeki yang melimpah luah dan yang halal...berikanlah mereka ketenangan dan semoga mereka tiada lagi konflik di antara mereka...aminnn

MAK,MAMA,PAKCHAQ,PAKSU,DADDY,MAKCHAQ,MAKSU dan seluruh keluarga ini...azri nak ucapkan ribuan terima kasih kerana terima azri seadanya di dalam keluarga ini...terima kasih sebab layan azri macam ahli keluargaa ini..terima kasih atas jasa jasa semua kat azri...segalanya azri nk ucapkan ribuan terima kasih...jasa semua azri tak tau nak balas macam mana...sebab azri seorang yang tak ada dalam hidup...TERIMA KASIH SEMUA...

Kepada sayang b..terima kasih sangat sangat sebab selama ni berikan b kebahagiaan dan sayang sanggup berkorban apa saja untuk b..terima kasih sayang...jasa sayang b tak dapat nak balas dengan hanya berterima kasih,b pun tak tau macam mana nak balas...btw...terima kasih sayang...I LOVE YOU SAYANG