ღ Annyeonghaseyo! ღ

Monday, September 17, 2012

Tabahkan diri...

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...
aku kembali dengan cerita yang berlainan...bukan nak cerita sangat pun..cuma nak ingatkan diri aku dan semua orang la...apa yang aku nk cerita ni bukan sahaja berkaitan dengan aku..tapi dengan sayang aku dan juga semua orang la...pasal bercinta la juga...untuk orang yang belum kahwin atau yang dah cerai pun boleh baca hahahahaha...maaf la aku memang suka merapu macam ni sebagai mukadimah hee...

Macam ni ceritanya..apabila kita semua manusia di ciptakan di dunia ni...kita semua akan berada,menhadapi,berdepan dengan masalah dan ujian ujian yang di berikan oleh ALLAH S.W.T untuk kita semua sebagai manusia...NABI MUHAMMAD S.A.W pun terima ujian...dan ujian yang beliau terima lebih berat dari kita sebagai manusia biasa...ini kerana ALLAH S.W.T hanya akan turunkan ujian ujian yang setimpal dan ujian yang kita boleh hadapi..ini kerana ALLAH S.W.T tidak kejam...malah maha penyayang...tapi kita rasa ujian itu berat terhadap kita...sebab tu kita kena selalu ingat minta kepada-NYA supaya ringankan segala ujian...terutama ujian dalam hidup berpasangan....macam ujian yang aku sedang hadapi ni la...

Aku dengan awek aku tenpuh bermacam-macam ujian dan halangan yang aku rasa terlalu berat...tapi aku amat bersyukur kerana aku di berikan kekuatan yang amat kuat untuk aku tempuhi segala ujian dam halangan yang sedang kami hadapi sekarang ni..mula mula aku rasa tertekan sangat dengan masalah masalah yang menimpa kami...tapi sekarang aku rasa aku kuat untuk hadapi semua ni...dan sekarang aku rasa aku sangat tenang...walaupun banyak masalah yang sedang melanda aku...dan masalah yang paling teruk sekarang berpunca dari ahli keluarga...tapi aku percaya hubungan aku ngn awek aku sangat kuat sebab tu aku berani berjuang dan aku berani ke hadapan untuk berlawan dengan segala ujian yang di berikan...dan masalah yang di lemparkan kepada kami...dan aku berharap awek aku pun ada kekuatan untuk hadapi segala ujian yang di berikan...


"Ya ALLAH,kau berikanlah kami kekuatan untuk hadapi segala ujian mu ini ya ALLAH..Ya ALLAH jikalau boleh,kau kurangkan lah beban ujian mu ini ya ALLAH...kerana kami hanyalah hamba mu yang lemah lagi hina...dan kuatkanlah hubungan kami sampai kami tidak bernafas lagi...aku sebagai hamba mu yang hina lagi lemah mohon dan merayu kepada mu ya ALLAH...AMINNNN"