Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...
Hari ni aku update awal sikit sebab takut aku lupa apa yang aku nak tulis...so sekarang aku nak kongsi pasal apa yang terjadi dua hari lepas dan juga semalam...iaitu hari paling sedih aku dan juga semua ahli keluarga aku...
DIASA BINTI SAID atau tok aku la senang atau lebih di kenali di dalam keluarga kami dengan panggilan TOK TEH...telah menghembus nafas terakhir beliau pada 5 julai 2012...pukul 18.45pm...aku dapat berita ni masa aku tengah berlatih menari...mama aku kol dan bagitau aku pasal hal ni...jadi aku kalut la balik rumah dan mandi...dan terus pergi amik kereta...dan terima kasih kat keluarga anin sebab bagi kata semangat...dan juga terima kasih kat sahabat aku yang dua orang ni sebab teman kan aku dan melawat dan juga membaca yassin kat arwah tok aku pada malam tersebut...jasa hampa akan ku kenang hingga akhir hayat aku...dan pada malam tu juga ramai ahli keluarga aku datang melawat arwah...semasa aku m
elihat wajah tok aku masa tu aku nampak muka dia suci sangat dan aku nampak dia tenang ja...aku berasa lega kerana aku dapat melihat dan membuat kucupan terakhir kepada tok aku...
Dan jenazah telah selamat di kebumikan pada 6 julai 2012 pukul 11.00am di kampung beliau...alhamdullilah semua nya selamat...terima kasih kepada sesiapa yang membantu kami pada masa tu...dan terima kasih kepada ahli keluarga yang lain sebab telah membantu kebumikan arwah dengan sempurna...dan berkerjasama pada masa tu.
..kepada semua ahli keluarga aku jangan lah kita terus bersedih kerana allah s.w.t lebih sayangkan tok...kita berdoa lah semoga rohnya di tempatkan di tempat orang orang yang beriman dan tenang di sana...dan permudahkan lah urusan akhiratnya...
Tok aku adalah seorang yang ceria...yang mudah di dekati dan peramah orangnya...dia pandai urut..urutan tradisional...dah banyak pesakit pesakit sendi,urat dan macam macam la datang dan minta tolong arwah...aku rasa macam aku orang paling kehilangan tok...sebab aku rasa aku tak pernah di manja dan di belai...tapi tu kisah lama apa apa pun dia teteap tok aku...tanpa dia aku tak lahir kat atas muka bumi ni kan...
Tok adik pijan harap roh tok tenang,di tempatkan di tempat orang orang yang beriman dan dimudah kan segala urusan tok di sana...keluarga tok yang masih hidup ni akan selalu berdoa untuk tok...dan sesiapa yang pernah seksa tok atau buat apa apa yang jahat kat tok akan di laknat oleh ALLAH S.W.T...selamat tinggal tok...tok sentiasa berada di hati kami sekeluarga...kami semua sayang tok...
AL-FATIHAH