ღ Annyeonghaseyo! ღ

Thursday, May 31, 2012

keletihan masih lagi terasa

Asslammualaikum dan Salam 1Malaysia...
kali ni aku agak lambat update blog sebab aku keletihan pergi hiking semalam...memang penat gila ni...huhuhhu sakit badan aku...tapi yang penting kami enjoy walaupun kami tekanan dengan kejadian kejadian yang menimpa kami semasa kami dalam perjalanan di dalam hutan tu untuk sampai ke detinasi yang nak kami tuju tu...dengan b
arang yang banyak dan berat kami pikul...bukit yang agak tinggi kami daki...kami selalu berkerjasama semasa kami angkat barang tu suma..kami tukar tukar giliran masa angkat barang yang berat tu...ok pendek kan cerita kami sampai di satu pantai...kami ingat dah sampai dah tapi tak lagi...jadi kami teruskan lagi perjalanan kami...dalam hutan yang kedua tu tak sempat beberapa minit perjalanan kami...kami di serang hendap oleh kongsi gelap(monyet) yang berada di dalam hutan tu...dia hanya nak amik makanan yang kami bawa jee..tapi kami bersama sama berganding bahu berlawan dengan kongi gelap tu(pada hal sekor ja pun)...sampai la kami memamg tak boleh lawan sebab kami ada 3 orang puteri...jadi kami semua buat keputusan naik bot untuk sampai di detinasi kami...



dan bila ka
mi dah sampai sana kami pun tak mau buang masa kami mula kan membakar ayam ikan sotong dan segalanya la..walaupun penat masa tu tapi kami rasa macam tak penat sebab kami semua seronok sangat..bukan senang nak buat aktiviti macam ni dengan kawan kawan...yang penting kami semua berkerjasama masa kami buat bbq tu..ni gambar dia..



lepas kami makan apa semua..kami semua mandi manda di pantai tersebut...tak payah tunjuk gambar dah la penat aku...lepas kami selesai semua aktiviti kami...kami pergi ke padangkota plak..best kami lepak ja...siap menari lagi sebab terlalu happy bila keluar macam ni kan...begitu lah sem
alam..sebab tu aku penat sampai sekarang herrrr..ok la sampi sini saja..pasal semalam ok...salam




Wednesday, May 30, 2012

malam yang agak panas dan sunyi

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...
malam ni aku rasa agak panas sampai kan aku buka fan dengan kuat pun aku tak rasa sejuk...tapi selalu aku akan rasa sejuk herrr..dah la panas angin sikit pun tak ada masa aku cuci keta tadi haih...dah tu sunyi ja tak macam selalu...awat ek??? why??? tadi masa aku cuci keta ayan tolong aku...ayan ni kira ok la dengan aku kan...dia mau gak tolong aku...saja ja sebab aku ajar budak2 aku macam ni...sebab dengan cara macam ni boleh mengeratkan lagi silaturahim sesama manusia dan islam kan...so dia pun tolong aku...dah tu belanja aku makan lagi hari ni..baik sungguh dia hari ni aku tak tau awat...ish2 tapi ok la at least apaa aku ajr depa semua pakai...


Esok eh satg la apa la esok..sekarang dah pukul berapa kan...satg aku dan kawan2 aku dah nak p hiking tu..aku harap kami semua selamat dalam perjalanan p dan balik dan semuanya berjalan dengan lancar...aku juga harap satg aku tidak keletihan semasa memandu,begitu juga dengan awek aku tu...dah la manja dia tu herrr...ok la aku rasa aku perlu tidur sebab aku nak bangun awal dan kami nak bertolak awal...nanti balik dari sana baru cerita banyak sikit kan hehehehehe..bila banyak cerita baru best...so bagi la aku tidur ye..good night...sweet dream...salam

Tuesday, May 29, 2012

hari ni bangun pagi2 cari makan dulu

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia....
haa hari ni aku lambat sikit sebab tadi aku bangun pagi pagi terus aku cari makan...eh aku bangun pagi ka tengah hari ni
hahahahaha...yang penting sebelum aku cari makan aku cari awek aku dulu...kena sms dia kalau tak nanti dia ngamok kat aku sebab tak sms dia...tapi ok la at least aku boleh gak setia dengan dia kan..hehehe..makin lama makin sayang aku kat dia...hehehehe..semalam serius aku kesian sangat kat dia sebab dia penat p beli barang dengan aku dah tu balik balik kena jaga adik adik pas tu nak kena siang semua lauk yang kami p beli tu...kesian aku tengok dia...tapi tak apa at least dia boleh belajar jadi seorang isteri dan ibu..nanti dah kahwin dia tak la kalut nak belajar semua tu kan...semua dia tau dah..hehehehe sayang,b bangga dengan sayang dengan apa yang sayang buat ni adalah untuk masa akan datang...sayang sabar ja ok...apa pun yang jadi semua ada hikmah di sebaliknya ok..sabar tau...b percaya sayang boleh buat...



nanti aku tulis lain la aku pun tak tau na
k tulis apa..yang penting satg aku ada meeting dan sekarang aku tengah download lagu...tak kira genre atau bahasa semua aku amik..hee aku kan pencinta muzik dan seni...hehehehhehe ok la semoga kita berjumpa lagi heee

kesejukan malam kerana hujan



Assalammualaikum Malaysia,salam 1Malaysia
Malam yang sunyi sepi tapi syahdu ja kalau layan lagu lagu jiwang ni...dah la sejuk hehehehe..best ni...sambil aku tengah tengok peta untuk aku dan rakan rakan nak ke teluk duyung taman negara pulau pinang pada 30 may 2012 rabu...
aku,flip,apple,cute,alap,anin,mimi,wany,fatin,alif...kami semua ni yang akan pergi hiking ke teluk duyung hee..dah lama tak rasa hking ni...kalau ada peluang aku nak pergi tempat yang lagi adventure baru best...jalan bukit yang agak susah untuk kita harungi baru ada fight...hehehehe..


Kami ni asyik menari ja,tengok wayang la,cari pasal,buat sempoi kat shopping mall...apa salahnya kali ni aku buat aktiviti sihat macam ni...tak salah aku rasa..sambil kami hiking kami buat bbq dan kami juga boleh tenangkan fikiran kat sana...boleh happy happy dengan kawan kawan...hehehehehe

Dan hari aku,flip,cute dan ma'am aku anin...pergi beli barang barang untuk bbq...boleh dikatakan banyak gak la untuk 10 orang...ayam 15 ketul,ikan apa tah besar gak la sekor,sotong 10 ekor,hot dog kecil tu apa nama tah,kopok dua bungkus besar,air 5botol air bergas satu mineral,bihun dan kueyteow untuk 15org...oiii ni nak makan ka apa ni haih apa apa pun aku harap aktiviti kali ni berjalan dengan lancar dan selamat semasa perjalan pergi dan balik dan juga semasa melakukan aktiviti...amin,,,

Monday, May 28, 2012

bangun tiduran lagi cari lappy



Assalammualaikum,Selamat pagi Malaysia Salam 1Malaysia..
selamat pagi semua,alhamdullilah aku bersyukur keranaboleh bangun pagi ni dan tak ada apa apa masalah semasa aku tdo...sekarang aku boleh mulakan hidup aku macam biasa...kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada...dengan apa yang kita dapat alhamdullilah...setiap pagi bila aku baru ja dari tidur aku mesti terfikir dan aku terbayang kenapa kadang kadang manusia tidak pernah ingat pada-NYA semasa bangun dari tidur??? sedang kita kira beruntung la kerana boleh tidur dengan nyenyak dan selesa di atas katil yang empuk ini...tapi cuba kita bayangkan tentang orang yang dalam kesusahan,,ada yang tidur di atas lantai,ada yang tidur di tepi jalan di sebabkan mereka tidak mampu untuk jadi seperti mereka...tapi mereka masih bersyukur dengan apa yang mereka ada...tapi kita??? ingat lah segalanya yang kita ada sekarang kita hanya boleh menikmati di dunia ni sahaja...jadi kita perlu bersyukur kepada-NYA..



Aku pun seorang manusia biasa...dan setiap manusia melakukan kesilapan...bukan aku tulis ni sebab nak tunjuk baik tapi aku cuba nak jadi seorang yang berguna dan aku nak berkongsi dengan semua orang...harap semua orang faham...nanti aku sambung tulis lagi apa yang aku boleh kongsi dengan semua ye...aku tulis apa yang aku tau sahaja..hee...
asslammualaikum,salam 1malaysia..

manusia tak boleh lari dari masalah

Assalammualaikum dan selamat malam semua,,
hari aku rasa macam ada ja benda yang tak kena haih...masalah ja...haih...aku tak mau la cakap apa masalah aku sebab ni hal personal...hal personal tak semestinya hal keluarga or awek ok...dah tu ada ja stalker yang tak puas hati...jeles ke weh...kalau jeles ckp ja..kalau tak jeles tak payah la nak sebok hal orang...wat hal sendiri la...senang..ni sampai celah kain orang nak amik tau...payah la macam ni...dah macam melodi plak...aku dah la masalah aku banyak dah ni...macam macam aku kena pikiaq...aku dah tak tau nak tulis apa sebab aku tengah serabut sekarang ni...esok pagi ka aku tulis lagi ok...sekarang serius aku tak ada mud...aku bukan gaduh dengan anin pun...tapi masalah lain herrr..ok salam la nite ya...bye

Sunday, May 27, 2012

bangun pagi2 terus cari lappy


Selamat pagi Malaysia,salam 1malaysia...
Pagi ni pagi yang indah sambil dengar burung-burung berkicauan...rasa macam ada kat kampung pulak...lama aku tak balik kampung rindu nak berkumpul dengan keluarga aku macam dulu,tapi sekarang kena tunggu raya la baru boleh sebab sekarang semua sibuk dengan kerjaya masing-masing.
Best ja kan boleh menaip pagi-pagi ni sambil dengar lagu hehehehehe...



Hari ni 27 may 2012,aku harap hari ni tak ada apa-apa yang tak elok berlaku...dan bagi aku apa yang jadi semalam dan hari-hari yang lepas aku biarkan lepas,dah tak mau ingat dah...
yang bestnya aku bangun tadi terus cari lappy aku ni hahaha...awat la aku tak ingat ALLAH S.W.T dulu ish...
aftarfiruallah



Aku harap hari ni aku dapat pengalaman baru..hee tiba-tiba kan...
sebenarnya aku rindukan si dia bila setiap kali aku bangun dari tidur...adakah aku dapat kekal dengan si dia??? sampai bila hubungan kami akan kekal???
aku layak ke untuk dia??? soalan yang selalu bermain di fikiran aku tak kira masa dan hari...pagi ni ja dia dah tak sabar nak ym aku...haih macam la aku nak lari kan..susah aku nak bebas macam ni,tapi ok la sebab dengan cara ni aku boleh gak tinggal perangai aku yang nakal dulu kala tu kan...hehehehehe..dulu nak kata aku jahat boleh la tahan,kaki perempuan gak..hehehehe biasa la nama pun lelaki..apa kurangnya perempuan zaman sekarang ni kan...sama ja dengan laki...btw aku sayang dia sangat..tapi kadang-kadang aku takut nak sayang seseorang tu sebab setiap orang yang aku sayang mesti tinggal kan aku...kenapa ya??? adakah ini hukuman aku di atas perbuatan aku dulu??? apa pun yang jadi aku kena redha dengan ketentuan ALLAH S.W.T,dan alhamdullilah sekarang aku tak rasa macam dulu yang hidup aku penuh dengan masalah,tapi alhamdullilah sekarang kurang la masalah yang aku dapat..dan aku harap pada hari-hari yang akan datang pun sama la ye...




saja boring tulis jala

assalammualaikum
ok sekarang ni aku kechix..aku yang take over blog ni ok senang...
sekarang ni aku tengok banyak sangat stalker dalam hidup kami,kenapa perlu jadi stalker??? hey korang tau tak kalo korang jadi stalker yang tegar boleh sakit kan hati korang balik??? sudah sudah la jadi stalker,aku kesian tengok korang sakit hati bila kami bahagia..aku harap kepada sesiapa yang masih lagi memegang jawatan stalker tu,baik korang resign jela ek,bukan korang dapat apa apa manfaat pun kan,betul tak???




sekarang aku rasa kami makin bahagia dan happy dengan hidup kami sekarang
keluarga kami pun dah boleh terima kami dengan seadanya...harap ALLAH S.W.T percepatkan jodoh kami supaya kami boleh jauhkan diri kami dari dosa...amin..aku nak buat pengakuan,walaupun aku tak dapat lupa yang lama tapi aku tak boleh tinggalkan yang baru,so yang lama aku akan jadi kan kenangan dalam hidup aku...

ramai stalker cakap yang kami takkan lama,nanti kami pasti putus,tapi aku tak peduli apa orang nak cakap...bagi aku jodoh di tangan ALLAH S.W.T
bukan di tangan stalker tu...aku ada agama...aku ada tuhan aku...kenapa perlu aku takut dengan kata kata mereka...aku yakin dengan kuasa ALLAH S.W.T,aku harap pasangan aku pun fikir macam mana aku fikir...jangan terlalu dengar cakap orang lain...


YA ALLAH YA TUHAN KU YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
AKU MOHON KEPADA MU YA ALLAH,KAU KUAT KAN LA HUBUNGAN KAMI,KAU TUNJUKKAN LA JALAN ATAU TANDA JODOH KAMI YA ALLAH,DAN AKU MEMOHON KAU AMPUN KAN KEPADA SESIAPA YANG ADA PERASAAN DENGKI TERHADAP KAMI...AKU MOHON PADA KAU YA ALLAH,KAU SATU KAN LAH KAMI BERDUA,JANGAN LAH KAU PISAH KAN KAMI LAGI YA ALLAH...AKU HAMBA MU MERAYU...
AMIN...

Wednesday, May 23, 2012

Saja nak update.


Evening uols ! Tengah tunggu nak amek my lil sis, so update la kejap. Just nak bgtaw nanty kechix share blog nan ak. Kau nampak kan statement neh ? Mmg saja nak bg kau baca pun.

Okay lah sekarang neh aku da bejinak2 dgn twitter neh. Nak aku buat pengakuan tak ? Aku layan twitter skrg pn sbb kau follow aku. hahahaha. Jahat kan aku neh ? Actually aku bkn nak gado pun. Tapi looks like kau nak stalk aku jea bila kau follow aku. Sebabnya ? Request aku still pending dkt kau. Nak kata kau tak on9 tweet kau bertambah jugak.

Tapi takpa lah. Itu hak masing2. Bg aku la kan, aku akan follow org yg follow aku. Nak app ke tanak tu lantak kau lah. Tapi bila kau buat mcm tu mmg sory tu say lah. Mmg nmpk sgt kau nak jd STALKER. ^^

Ok nak ckp tu jer. Till next update. Annyeong ! ^^

Wednesday, May 16, 2012

Good morning.



Annyeonghaseyo ! Hari neh tido dua jam jea sebabnyaa taley tido. huk3 ! Lama tak update blog. Biasa lah. Bila tengah bengong2 baru la nak cari blog neh. Kalo tak mmg mimpi lerr nk jenguk bagai. haihh.

Hari neh bangun agak awal. Bukan agak awal tapi mmg awal pun. Sebab tlg adik goreng junk food untuk jamuan sekolah dia. huhuhu. Bila mood tak cantek, suma bnda pun jadi tak cantek.

GADUH.

Entah lah. Aku neh jahat sangat kot smpai suma benda yg jadi aku msti orang first yang dia cari. hurm. Girl skrg pun suka kacau hidup aku. Sebabnya aku kan kacau hidup org dulu. Padan lah dgn muka aku kan. Untuk girl yg aku kacau dulu, aku minx maaf.

Then sekarang aku pun tataw apa yg jadi. Lempar jea fon jauh2. Silent suma. Senang. Nak tedo tenangkan fikiran yang serabut nak mampos neh.

Dapat hepy2 mcm neh kan best.

Btw, kechix aku dah gemok. Baii ^^