ღ Annyeonghaseyo! ღ

Friday, June 1, 2012

Malam yang menyeramkan

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...
selamat pagi semua...semalam aku tak dapat nak tulis sebab ada kejadian yang menimpa aku dan kawan2 aku...macam mana aku nak cerita ni..kat mana aku nak start dulu ni...tak pa la..aku cerita dari mula...ceritanya bermula di sini...(flash back)...


Petang semalam...lebih kurang jam 6.00 petang...aku lepak dengan kawan kawan aku sementara nak tunggu lagi seorang rakan datang dan pergi training trekking..kami memang selalu lepak atau berkumpul depan rumah aku...tetapi petang semalam aku dan apple adalah orang terakhir balik..dan kami singgah lepak kat depan rumah aku ni..depan rumah aku ni ada sebuah rumah kosong yang hampir 11tahun di tinggal kan...rumah tu memang di kunci oleh tuannya lama dulu dan tak ada sesiapa boleh masuk dalam rumah tersebut...tetapi petang semalam tiba tiba aku tengok
tingkap bilik di atas rumah tu terbuka..bayangkan mana ada orang masuk tapi tingkap bilik tu terbuka...nak kata angin tolak..memang tak sebab tingkap tu sama dengan tingkap bilik aku...jadi kami pun balik la dan aku masuk dalam rumah terus bagi tau kat mama aku...mama aku pandai dalam hal ni..dan dia cakap ada benda tu...sampai la malam tersebut aku lepak dengan kawan kawan aku depan rumah aku lagi...aku ingat tak ada apa la..sedang rancak kami main gitar sambil bergelak tawa...Ayan terasa panas satu badan,Apple rasa seram begitu juga aku...kami still lagi tunggu sebab mungkin tak ada apa apa..tapi sampai aku sendiri tak boleh tahan sebab dia datang sebelah aku dan cakap macam ni "hey tengok kat tingkap tu"(hantu tu bisik kat aku) aku dengan beraninya pun tengok la..aku nampak satu kelibat orang berjalan dan tingkap tu terbuka makin luas...aku memang tak tahan aku ajak kawan aku pergi pusing taman sambil aku baca apa yang aku tau..dan kami singgah kat satu kedai makan..tepat pkul 1.00pagi kami balik dan mereka hantar aku balik...sedang aku sedap on9 semalam aku dengar ada orang main gitar dalam rumah tu dan selepas tu aku dengar perempuan menangis...aku tak layan lalu aku terus tido...begitu lah pengalaman dan cerita aku semalam...

Adakah anda percayakan hantu???
Pernahkah anda melihat hantu???
Pernahkah anda di ganggu???
Renung-renungkan lah dan selamat beramal

Thursday, May 31, 2012

keletihan masih lagi terasa

Asslammualaikum dan Salam 1Malaysia...
kali ni aku agak lambat update blog sebab aku keletihan pergi hiking semalam...memang penat gila ni...huhuhhu sakit badan aku...tapi yang penting kami enjoy walaupun kami tekanan dengan kejadian kejadian yang menimpa kami semasa kami dalam perjalanan di dalam hutan tu untuk sampai ke detinasi yang nak kami tuju tu...dengan b
arang yang banyak dan berat kami pikul...bukit yang agak tinggi kami daki...kami selalu berkerjasama semasa kami angkat barang tu suma..kami tukar tukar giliran masa angkat barang yang berat tu...ok pendek kan cerita kami sampai di satu pantai...kami ingat dah sampai dah tapi tak lagi...jadi kami teruskan lagi perjalanan kami...dalam hutan yang kedua tu tak sempat beberapa minit perjalanan kami...kami di serang hendap oleh kongsi gelap(monyet) yang berada di dalam hutan tu...dia hanya nak amik makanan yang kami bawa jee..tapi kami bersama sama berganding bahu berlawan dengan kongi gelap tu(pada hal sekor ja pun)...sampai la kami memamg tak boleh lawan sebab kami ada 3 orang puteri...jadi kami semua buat keputusan naik bot untuk sampai di detinasi kami...



dan bila ka
mi dah sampai sana kami pun tak mau buang masa kami mula kan membakar ayam ikan sotong dan segalanya la..walaupun penat masa tu tapi kami rasa macam tak penat sebab kami semua seronok sangat..bukan senang nak buat aktiviti macam ni dengan kawan kawan...yang penting kami semua berkerjasama masa kami buat bbq tu..ni gambar dia..



lepas kami makan apa semua..kami semua mandi manda di pantai tersebut...tak payah tunjuk gambar dah la penat aku...lepas kami selesai semua aktiviti kami...kami pergi ke padangkota plak..best kami lepak ja...siap menari lagi sebab terlalu happy bila keluar macam ni kan...begitu lah sem
alam..sebab tu aku penat sampai sekarang herrrr..ok la sampi sini saja..pasal semalam ok...salam




Wednesday, May 30, 2012

malam yang agak panas dan sunyi

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...
malam ni aku rasa agak panas sampai kan aku buka fan dengan kuat pun aku tak rasa sejuk...tapi selalu aku akan rasa sejuk herrr..dah la panas angin sikit pun tak ada masa aku cuci keta tadi haih...dah tu sunyi ja tak macam selalu...awat ek??? why??? tadi masa aku cuci keta ayan tolong aku...ayan ni kira ok la dengan aku kan...dia mau gak tolong aku...saja ja sebab aku ajar budak2 aku macam ni...sebab dengan cara macam ni boleh mengeratkan lagi silaturahim sesama manusia dan islam kan...so dia pun tolong aku...dah tu belanja aku makan lagi hari ni..baik sungguh dia hari ni aku tak tau awat...ish2 tapi ok la at least apaa aku ajr depa semua pakai...


Esok eh satg la apa la esok..sekarang dah pukul berapa kan...satg aku dan kawan2 aku dah nak p hiking tu..aku harap kami semua selamat dalam perjalanan p dan balik dan semuanya berjalan dengan lancar...aku juga harap satg aku tidak keletihan semasa memandu,begitu juga dengan awek aku tu...dah la manja dia tu herrr...ok la aku rasa aku perlu tidur sebab aku nak bangun awal dan kami nak bertolak awal...nanti balik dari sana baru cerita banyak sikit kan hehehehehe..bila banyak cerita baru best...so bagi la aku tidur ye..good night...sweet dream...salam

Tuesday, May 29, 2012

hari ni bangun pagi2 cari makan dulu

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia....
haa hari ni aku lambat sikit sebab tadi aku bangun pagi pagi terus aku cari makan...eh aku bangun pagi ka tengah hari ni
hahahahaha...yang penting sebelum aku cari makan aku cari awek aku dulu...kena sms dia kalau tak nanti dia ngamok kat aku sebab tak sms dia...tapi ok la at least aku boleh gak setia dengan dia kan..hehehe..makin lama makin sayang aku kat dia...hehehehe..semalam serius aku kesian sangat kat dia sebab dia penat p beli barang dengan aku dah tu balik balik kena jaga adik adik pas tu nak kena siang semua lauk yang kami p beli tu...kesian aku tengok dia...tapi tak apa at least dia boleh belajar jadi seorang isteri dan ibu..nanti dah kahwin dia tak la kalut nak belajar semua tu kan...semua dia tau dah..hehehehe sayang,b bangga dengan sayang dengan apa yang sayang buat ni adalah untuk masa akan datang...sayang sabar ja ok...apa pun yang jadi semua ada hikmah di sebaliknya ok..sabar tau...b percaya sayang boleh buat...



nanti aku tulis lain la aku pun tak tau na
k tulis apa..yang penting satg aku ada meeting dan sekarang aku tengah download lagu...tak kira genre atau bahasa semua aku amik..hee aku kan pencinta muzik dan seni...hehehehhehe ok la semoga kita berjumpa lagi heee

kesejukan malam kerana hujan



Assalammualaikum Malaysia,salam 1Malaysia
Malam yang sunyi sepi tapi syahdu ja kalau layan lagu lagu jiwang ni...dah la sejuk hehehehe..best ni...sambil aku tengah tengok peta untuk aku dan rakan rakan nak ke teluk duyung taman negara pulau pinang pada 30 may 2012 rabu...
aku,flip,apple,cute,alap,anin,mimi,wany,fatin,alif...kami semua ni yang akan pergi hiking ke teluk duyung hee..dah lama tak rasa hking ni...kalau ada peluang aku nak pergi tempat yang lagi adventure baru best...jalan bukit yang agak susah untuk kita harungi baru ada fight...hehehehe..


Kami ni asyik menari ja,tengok wayang la,cari pasal,buat sempoi kat shopping mall...apa salahnya kali ni aku buat aktiviti sihat macam ni...tak salah aku rasa..sambil kami hiking kami buat bbq dan kami juga boleh tenangkan fikiran kat sana...boleh happy happy dengan kawan kawan...hehehehehe

Dan hari aku,flip,cute dan ma'am aku anin...pergi beli barang barang untuk bbq...boleh dikatakan banyak gak la untuk 10 orang...ayam 15 ketul,ikan apa tah besar gak la sekor,sotong 10 ekor,hot dog kecil tu apa nama tah,kopok dua bungkus besar,air 5botol air bergas satu mineral,bihun dan kueyteow untuk 15org...oiii ni nak makan ka apa ni haih apa apa pun aku harap aktiviti kali ni berjalan dengan lancar dan selamat semasa perjalan pergi dan balik dan juga semasa melakukan aktiviti...amin,,,