ღ Annyeonghaseyo! ღ

Thursday, May 8, 2014

Assalammualaikum...

Wow..dah lama aku tak menaip disini...haish...biasa la bila dah berumahtangga ni sibuk sikit...yela kena mencari rezeki...tanggungjawab makin banyak dan makin berat bg aku seorang suami...dan aku rasa dah hampir 11 bulan aku menjalani hidup sebagai seorang suami...lagi sebulan cukup setahun...fuhhhhh dalam dunia berumahtangga ini banyak cabaran dan dugaan yang aku lalui...tambahan pula aku kahwin dalam usia yang muda (23tahun) ...semua dugaan dan cabaran yang aku lalui ada pahit manisnya...hehehehe...yang manisnya alhamdullilah aku hidup bahagia sekarang ni walaupun hidup aku dan isteri tidaklah semewah yang di sangka orang lain...kehidupan kami seperti orang lain juga...cuma sejak kebelakangan ini kami hadapi cabaran dan dugaan yang agak mencabar kami...setelah hampir 10bulan kami diberikan kesenangan dan rezeki yang melimpah ruah, akhirnya kami kecundang di saat saat akhir...mungkin kami ada kesalahan yang kami lakukan tapi kami sendiri belum sedar dari kesilapan..tetapi sekarang aku dan isteri ingin memperbetulkan keadaan dan diri kami berdua dan belajar dari kesilapan yang lepas...walaupun sekarang kami agak tidak selesa tetapi kami tetap bahagia bersama...walaupun kami terpaksa tidur diatas lantai dan hanya beralaskan "toto" dan dgn keluasan yang agak sempit untuk kami berdua,tetapi kami tetap tersenyum...walaupun kami terpaksa "kais pagi makan pagi, kais malam makan malam" tetapi kami tetap mampu bertahan dengan sabar...walaupun ada yang iri hati terhadap kami semasa kami berdua berada didalam keadaan yang agak selesa dan kasih sayang yang dicurahkan oleh seseorang, tetapi kami tetap mampu tersenyum walaupun hati ini sakit kerana terluka dan tidak sangka orang yang kami percayai sebelum ini mengkhianati kami atau senang cerita "tikam belakang"...walaupun tidak dipedulikan sesiapa, susah kami sendiri,  tapi senang untuk semua...kami tidak pernah kisah...walaubagaimanapun, aku tetap bersyukur terhadap ALLAH S.W.T kerana engkau memberikan kebahagiaan kepada kami, walaupun kau tidak berikan kekayaan dari segi harta dan wang ringgit tetapi kau berikan kekayaan yang lain iaitu kebahagiaan rumahtangga kepada kami...walaupun kau tidak kurniakan zuriat kepada kami, kami redha kerana mungkin tidak sesuai lagi apabila kami berada didalam keadaan yang tidak stabil...dan aku berterima kasih dan bersyukur kepada-Mu ya Allah kerana kau telah kurniakan aku seorang bidadari (isteriku) yang memahami keadaan aku dan sanggup bersama aku dialam waktu suka dan duka, senang dan susah...amin...tiada tempat untuk aku mengadu, hanya kepada-Mu ya Allah..walaupun dari segi aku menulis blog ianya secara tidak langsung terlintas di hati aku untuk berasa bersyukur dan redha dari segala ujian yang diturunkan kepada aku dan isteri...
DOAKANLAH KAMI BAHAGIA DAN DIKURNIAKAN ZURIAT YANG SOLEH/SOLEHAH DAN DICURAHKAN REZEKI YANG HALAL...AMINNN


No comments: