ღ Annyeonghaseyo! ღ

Monday, November 12, 2012

family day again...10.11.12

Assalammualaikum...
Ok kali ni font warna merah pulak...sebab warna paling aku suka...hahahahahaha...
Dah lama aku tak menaip kat sini kan...sebab tak benda aku nak bercerita...tapi sekarang ada cerita...ha begini ceritanya berbunyi...

10.11.12...haa hari ni hari sabtu dan tarikh yang agak cantik...dan hari yang memenatkan aku..phewwwww...tapi tak apa sebab aku rasa happy sangat walaupun penat...aku p mana nak tau...ha tempat ni...LOST WORLD OF TAMBUN...hampa na k tau tak...aku dah hidup selama 22tahun dan sekarang baru aku dapat p tambun...phewwwww dah besaq baru dapat p haih...susah hidup aku sebenarnya...aku p ramai ramai dengan eyes dan family dia...walaupun ikut rombongan tapi best la sebab rombongan tu sporting gak la...walaupun aku rimas ramai ramai ni...apa dia nak gambar haa tunggu sat aku upload...


Haa ni dia aku,eyes dengan adik adik dia...masa dah nak balik...masa nak mai tak boleh snap gambar sebab terlalu ramai orang ni pun kami tak boleh nak amik gambar dengan kucing rock tu haa...adik adik dia pun ok dengan aku...mau melawak lagi...tambah tambah si baby tu dulu nak cakap pun tak mau tapi sekarang boleh dah nak melawak pun...ok la tu...hehehehe btw aku bawak kawan baik aku sorang sebab dia baik dengan family awek aku gak...nk gambar gak ka...haa ni dia...
haa ni dia nama dia ayan ataupun farhan...selain abu dia la bff aku hahahahahaha...amacam...ramai kata muka kami sama...ada ka patut...aku punya la hensem..haish....apa nak tengok ramai2 ka..haaa ni dia...
yang ni ha family dia...tapi dia amik gambar so dia tak ada la...dengan pak su dengan mak su dia...takkan aku nak letak gambar rombongan kot...agak la...dah la aku tak kenai depa tu hahahaha..apa nak gambar kami dua ja ha boleh boleh...macam macam la stalker ni..sat nak boh...
haa tudia..hensem kan aku hahahahaha...adaoi tak tau nak tulis apa dah aih...apa pun terbaikkkkk hehehehehehe...tak mau p mana mana dah ka hahahahaha...
gambar last la hehehehehehe....saja semua gambar aku tak mau edit...nak bagi stalker tengok bagi puas hehehehehe....ok la bye bye

Friday, November 2, 2012

Nasib Diri Aku...

Assalammualaikum...
Kali ni mesti hairan kan sebab kenapa aku tak letak Salam 1Malaysia dah kan...sebab aku rasa tak perlu nak berpolitik sangat sekarang ni kan...btw dah lama aku tak update blog aku ni...haih mungkin aku terlalu sibuk...lagipun hari tu lappy aku masuk wad la katakan...sakit plak dia haih...dah lama aku tak menaip kat sini kan sekarang aku ada cerita yang aku nak kongsi kan dengan blogger yang ada...suka ka tak tu masalah hampa la nah...,macam ni...

NASIB DIRI AKU...
Macam ni la sejak dua mejak ni aku selalu sangat tertekan dengan keadaan aku sekarang...nak kata aku ni tak bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni,aku sentiasa bersyukur tapi...aku pun ingin nak jadi macam orang lain juga yang sentiasa dapat apa yang depa nak...tapi aku susah sangat nak dapat apa yang aku nak...bukan dari sekarang baru jadi benda ni tapi sejak aku masih kecil lagi memang selalu macam ni...macam sekarang ni aku nak sangat kasut nike yang aku suka tu tapi aku tak boleh nak memiliki kasut tu diatas sebab-sebab tertentu...haih...tu satu hal...ni ada lagi satu hal yang aku rasa macam aku kecewa sangat dan down sangat...bayangkan lah dari dulu sampai sekarang aku berkerja siang malam sampai aku penat,kesihatan tak terjaga tapi aku tak boleh nak buat simpanan untuk diri aku sendiri...semua hasil titik peluh aku aku buang macam tu ja...aku bukan lah nak mengungkit dengan apa yang telah aku korban kan...tapi aku rasa at least bagi la aku dapat apa yang aku nak sekali....aku selalu dapat apa yang aku tak mau dan 50:50 terhadap benda tu....tambah sekarang pulak aku dah nak bertunang duit lagi semua tu...aku tak kisah la macam mana pun tapi masalahnya sekarang ni tahun depan ataupun tahun 2014 aku akan menikah atau kahwin...insyaallah kalau jodoh kami panjang...bila dah terikat aku rasa bebanan terhadap diri aku sangat sangatlah berat sebab aku masih muda untuk hadapi semua ni...tapi aku tak salahkan dia kerana aku sendiri yang nak benda ni....aku tak boleh salahkan sesiapa pun dalam hal ni...tapi tak boleh seorang pun memahami keadaan aku sekarang yang masih tidak tentu arah...yang stabil lagi kehidupan aku...yang depa tau hanya sekadar syok nak aku dengan dia kahwin...depa tak pikiaq langsung keadaan aku macam mana sekarang ni...aku kerja gaji aku tak tinggi macam orang lain...keluargan aku pulak...abang aku sampai sekarangt tak berkerja...dia tak rasa simpati sikit kat aku dengan mama aku yang bertungku-lumus mencari pagi siang petang malam...dia senang saja senang lenang bangun tidoq tengah hari,makan,keluaq,pagi baru balik...tapi mama aku sayang sungguh kat dia haih...mama aku pun tak pernah pikiaq yang gaji aku ni tak la tinggi mana macam orang lain...dia selalu minta lebih kat aku...so macam mana aku nak saving...tapi aku ni jenis tak sanggup tengok depa susah...dengan sapa pun aku macam tu...dengan kawan kawan pun aku nak tengok depa senang ni kan keluarga aku...aku berkerja sampai aku sendiri terlupa nak makan...aku sanggup tolong rakan sekerja aku buat kerja depa sebab depa bagi upah...so aku dapat la duit lebih untuk aku buat makan harian...tapi tak seorang pun yang hargai dengan usaha aku,tak yang memahami aku...depa suruh buat itu ini...sikit pun tak pernah pikiaq aku penat ka apa...haih...aku terasa kadang kadang dengan depa ni semua tapi aki dah tak ada tempat nak luah..jadi kat sini la aku boleh luah pun...tak apa la aku susah pun aku tak kisah tapi tolong la sekali ja faham keadaan aku...aku punya cari rezeki sampai aku tak ada masa dengan kawan kawan aku...aku pun nak jadi macam orang lain juga...boleh saja anytime nak lepak dengan kawan kawan,boleh beli apa yang nak,tak tertekan pikiaq pasal duit...haih memang nasib aku macam ni la kot aku rasa...tuhan berikan ujian kepada aku terlalu berat sampai kadang kadang aku sendiri tak boleh nak tanggung semuanya..haih..."ya allah kalau ini lah cara ujian yang kau berikan kepada aku,kau kuat kan lah iman dan kau tambahkanlah tahap kesabaran aku untuk aku hadapi segala ujian mu ya allah..."....aku mengaku la kadang kadang aku lupa kat DIA...bila aku susah baru aku ingat...kadang kadang la...yala sebab aku pun seorang hamba yang lemah kan...aku harap aku cepat berubah...aku rasa sampai sini saja aku nak luahkan...satg kalau panjang sangat malas pulak nak baca ye tak???...

Ok la to be continue...
Assalammulaikum warahmatullah hiwabarakatuh...




Saturday, September 29, 2012

Orang Gila@Tak Siuman

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...
haa mesti semua tertanya-tanya kenapa tajuk aku kali ni berkaitan "orang gila@tak siuman"...untuk tidak membuang masa aku cerita terus la senang k...

gambar ini sekadar hiasan tak kena mengena dengan yang hidup mahupun sudah meninggal dunia dan tiada niat untuk mempersendakan...



Dah banyak kita melihat ramai orang di negara kita menjadi gila ataupun dalam bahasa lembut sikit tak siuman...selalunya kita melihat orang-orang macam mereka ini kita selalu rasa jijik,yala mesti la kan sebab mereka ini tiada tempat untuk bersihkan diri begitu juga dengan pakaian dan tempat tinggal  mereka...tapi pernahkah kita berfikir tentang masalah yang mereka hadapi sehingga mereka boleh jadi tidak siuman seperti ini??? dari segala pengalaman aku..aku dapati semua yang jadi macam ni segelintir dari mereka adalah seorang yang bijak,kaya,berpelajaran,tetapi mereka di khianati oleh sesama manusia ataupun menghadapi masalah yang begitu besar sehinggakan mereka tidak dapat berfikir secara rasional dan mereka jadi begini...dan ada pula sesetengah yang bermasalah dengan keluarga yang memberi tekanan kepada mereka,dan mereka terlalu berfikir cara untuk menyelesaikan masalah tersebut tetapi ditekankan dengan masalah-masalah lain juga...

Apa yang ingin aku cerita kan ini adalah tentang diri aku dan dia...adakah kami akan jadi seperti mereka suatu hari nanti??? mungkin kerana terlalu tekanan,kami berfikir segala masalah dan ingin selesaikan semua masalah kami tetapi di asak dengan masalah lain...tapi peranan keluarga itu lagi penting bagi aku..tetapi masalah semua ini berpunca dari mereka sendiri...sekarang kami perlu banyak bersabar dan redha dengan apa yang akan jadi...aku hanya berserah kepada ilahi...dia lah akan menentukan semuanya...

Aku boleh terfikir benda ni sebab semalam aku p night market batu feringgi...dan aku nampak beberapa orang yang dalam keadaan tertekan...serabut,jijik,keadaan tidak terurus...dan aku terbayangkan adakah itu aku pada masa akan datang??? 

Sunday, September 23, 2012

Aku rasa lega dan bangga...

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...
..ha tu dia aku mai dah..hehehehehe...kepada pembaca-pembaca blog sihat ka semua? harap sihat la noh...kepada yang menjadi stalker,aku harap hampa bahagia noh hehehehehe...

Ok sekarang aku nak cerita berdasarkan tajuk yang di berikan hehehehehhe gila gila tak aku hhehehehhe...kenapa aku rasa lega dan bangga dengan diri aku...sebab apa tau...ni sebabnya...pada 21 september 2012...tarikh yang istimewa buat aku...aku tak pernah lupa tapi aku buat buat lupa..biasa la suprise kan hehehehhee...so hari tu atau tarikh tersebut aku telah bagi hadiah kepada awek aku...sebab hari jadi dia la masa tu...dan aku rasa lega sebab dia terima walaupun tak seberapa...dan aku rasa bangga sebab aku boleh gak bagi apa dia suka dan dia nak sangat...masa tu dia ingat aku tak bagi apa pun kat dia dan dia ingat aku lupa pasal hari tu...tapi aku saja ja...nak bagi dia suprise la katakan hee..aku suka sangat tengok dia happy macam tu..sekarang aku tak tau la apa dia buat dengan hadiah yang aku bagi tu...haih...

Dan haa hari ni...kira hari ni la dah nak pukui 12 tengah malam kan...hari ni 24 september 2012...haa ni hari jadi mama aku...hee...selamat hari jadi mama...hee...dan hari ni aku dan awek aku bagi barang yang dia suka sangat...dia suka pinggan mangkuk yang cantik cantik...tapi kali ni aku bagi gelas kat dia...awek aku pun sama..saja la sebab pinggan dah banyak kan...dan dia excited sangat...dia suka gila...seronok gila mama aku tadi...iskkk aku rasa bertuahnya...dan aku rasa lega sebab mama aku suka dengan apa yang kami bagi dan aku rasa bangga sebab aku tau apa yang mama aku suka...hee...bangganya...

dan sekarang aku rasa lega gila...settle...aku suka tengok orang yang aku sayang gembira...walaupun aku sendiri tak rasa macam tu kan...biarlah aku susah,aku sedih janji orang yang aku sayang kena gembira dan senang...baru aku akan rasa lega...dan sebab ni la aku bangga dengan diri aku...kan aku dah cakap
"aku tak ada apa orang lain ada,tapi aku ada apa yang orang lain tak ada"
pasal hadiah maaf aku saja tak mau boh sebab aku bagi bukan untuk menunjuk...tapi kalau orang yang terima hadiah nak boh...ikut suka mu la ye...aku nak tido dah esok kerja yeahhh...assalammualaikum...

Monday, September 17, 2012

Tabahkan diri...

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...
aku kembali dengan cerita yang berlainan...bukan nak cerita sangat pun..cuma nak ingatkan diri aku dan semua orang la...apa yang aku nk cerita ni bukan sahaja berkaitan dengan aku..tapi dengan sayang aku dan juga semua orang la...pasal bercinta la juga...untuk orang yang belum kahwin atau yang dah cerai pun boleh baca hahahahaha...maaf la aku memang suka merapu macam ni sebagai mukadimah hee...

Macam ni ceritanya..apabila kita semua manusia di ciptakan di dunia ni...kita semua akan berada,menhadapi,berdepan dengan masalah dan ujian ujian yang di berikan oleh ALLAH S.W.T untuk kita semua sebagai manusia...NABI MUHAMMAD S.A.W pun terima ujian...dan ujian yang beliau terima lebih berat dari kita sebagai manusia biasa...ini kerana ALLAH S.W.T hanya akan turunkan ujian ujian yang setimpal dan ujian yang kita boleh hadapi..ini kerana ALLAH S.W.T tidak kejam...malah maha penyayang...tapi kita rasa ujian itu berat terhadap kita...sebab tu kita kena selalu ingat minta kepada-NYA supaya ringankan segala ujian...terutama ujian dalam hidup berpasangan....macam ujian yang aku sedang hadapi ni la...

Aku dengan awek aku tenpuh bermacam-macam ujian dan halangan yang aku rasa terlalu berat...tapi aku amat bersyukur kerana aku di berikan kekuatan yang amat kuat untuk aku tempuhi segala ujian dam halangan yang sedang kami hadapi sekarang ni..mula mula aku rasa tertekan sangat dengan masalah masalah yang menimpa kami...tapi sekarang aku rasa aku kuat untuk hadapi semua ni...dan sekarang aku rasa aku sangat tenang...walaupun banyak masalah yang sedang melanda aku...dan masalah yang paling teruk sekarang berpunca dari ahli keluarga...tapi aku percaya hubungan aku ngn awek aku sangat kuat sebab tu aku berani berjuang dan aku berani ke hadapan untuk berlawan dengan segala ujian yang di berikan...dan masalah yang di lemparkan kepada kami...dan aku berharap awek aku pun ada kekuatan untuk hadapi segala ujian yang di berikan...


"Ya ALLAH,kau berikanlah kami kekuatan untuk hadapi segala ujian mu ini ya ALLAH..Ya ALLAH jikalau boleh,kau kurangkan lah beban ujian mu ini ya ALLAH...kerana kami hanyalah hamba mu yang lemah lagi hina...dan kuatkanlah hubungan kami sampai kami tidak bernafas lagi...aku sebagai hamba mu yang hina lagi lemah mohon dan merayu kepada mu ya ALLAH...AMINNNN"