ღ Annyeonghaseyo! ღ

Tuesday, December 25, 2012

Suka Suki...

Assalammualaikum...
dah lama rasanya aku tak merepek dalam ni hahhahaha sibuk sikit la kawan...huhuhuhu...
sekarang pun sebab aku terjaga dari tidur ni mayb sebab semalam aku tidur terlalu awal kot...so aku sebenarnya tak ada apa apa cerita pun nak cerita sekarang ni...ada ka xdak sekarang ni hahahahaha...apa aku merepek ni oiiii adoiiii...haaaa sat nak boh gambar tunang aku hehehehe sat nah


so that my fiancee heee...
haa awat nak kata dia xelok ka???
aku kisah la apa pun hampa nk kata...sebab apa??? sebab xdak manusia yg sempurna dalam dunia ni dan xdak manusia yg 100% akan dapat macam mana dia nak...hampa nak kata dia gemok ka hitan ka apa ka hampa kata la tapi hampa xkenal dia hampa xtau la kan...hehehehe...aku ja kenal dia...macam aku kata semua orang tak perfect pun...hodoh mana pun pasangan kita,jahat mana pun pasangan kita,miskin mana pun pasangan kita,apa apa jala janji kita kena redha sebab dialah jodoh yg ALLAH S.W.T berikan untuk kita,untuk teman hidup kita...dan kita kena sedar yang kita dah terima dia dalam hidup kita,sebab apa kau cakap macam ni sebab dah jadi pasangan kita pun so x payah banyak songeh nak yamg lain...hehehehehehehe..

Btw sayang i love you so much...kuatkan semangat dan iman kita semasa kita dalam hubungan atau pertalian BERTUNANG ni...sebab akan ada banyak ujian...orang ramai dah cakap macam tu kan so apa jadi pun kita jangan buat keputusan yang akan bagi keburukan kepada kita ya sayang...
ok la sampai sini ja kot..nak sambung tidur balik ni hehehehhe...selamat pagi semua...bye...


Monday, November 12, 2012

family day again...10.11.12

Assalammualaikum...
Ok kali ni font warna merah pulak...sebab warna paling aku suka...hahahahahaha...
Dah lama aku tak menaip kat sini kan...sebab tak benda aku nak bercerita...tapi sekarang ada cerita...ha begini ceritanya berbunyi...

10.11.12...haa hari ni hari sabtu dan tarikh yang agak cantik...dan hari yang memenatkan aku..phewwwww...tapi tak apa sebab aku rasa happy sangat walaupun penat...aku p mana nak tau...ha tempat ni...LOST WORLD OF TAMBUN...hampa na k tau tak...aku dah hidup selama 22tahun dan sekarang baru aku dapat p tambun...phewwwww dah besaq baru dapat p haih...susah hidup aku sebenarnya...aku p ramai ramai dengan eyes dan family dia...walaupun ikut rombongan tapi best la sebab rombongan tu sporting gak la...walaupun aku rimas ramai ramai ni...apa dia nak gambar haa tunggu sat aku upload...


Haa ni dia aku,eyes dengan adik adik dia...masa dah nak balik...masa nak mai tak boleh snap gambar sebab terlalu ramai orang ni pun kami tak boleh nak amik gambar dengan kucing rock tu haa...adik adik dia pun ok dengan aku...mau melawak lagi...tambah tambah si baby tu dulu nak cakap pun tak mau tapi sekarang boleh dah nak melawak pun...ok la tu...hehehehe btw aku bawak kawan baik aku sorang sebab dia baik dengan family awek aku gak...nk gambar gak ka...haa ni dia...
haa ni dia nama dia ayan ataupun farhan...selain abu dia la bff aku hahahahahaha...amacam...ramai kata muka kami sama...ada ka patut...aku punya la hensem..haish....apa nak tengok ramai2 ka..haaa ni dia...
yang ni ha family dia...tapi dia amik gambar so dia tak ada la...dengan pak su dengan mak su dia...takkan aku nak letak gambar rombongan kot...agak la...dah la aku tak kenai depa tu hahahaha..apa nak gambar kami dua ja ha boleh boleh...macam macam la stalker ni..sat nak boh...
haa tudia..hensem kan aku hahahahaha...adaoi tak tau nak tulis apa dah aih...apa pun terbaikkkkk hehehehehehe...tak mau p mana mana dah ka hahahahaha...
gambar last la hehehehehehe....saja semua gambar aku tak mau edit...nak bagi stalker tengok bagi puas hehehehehe....ok la bye bye

Friday, November 2, 2012

Nasib Diri Aku...

Assalammualaikum...
Kali ni mesti hairan kan sebab kenapa aku tak letak Salam 1Malaysia dah kan...sebab aku rasa tak perlu nak berpolitik sangat sekarang ni kan...btw dah lama aku tak update blog aku ni...haih mungkin aku terlalu sibuk...lagipun hari tu lappy aku masuk wad la katakan...sakit plak dia haih...dah lama aku tak menaip kat sini kan sekarang aku ada cerita yang aku nak kongsi kan dengan blogger yang ada...suka ka tak tu masalah hampa la nah...,macam ni...

NASIB DIRI AKU...
Macam ni la sejak dua mejak ni aku selalu sangat tertekan dengan keadaan aku sekarang...nak kata aku ni tak bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni,aku sentiasa bersyukur tapi...aku pun ingin nak jadi macam orang lain juga yang sentiasa dapat apa yang depa nak...tapi aku susah sangat nak dapat apa yang aku nak...bukan dari sekarang baru jadi benda ni tapi sejak aku masih kecil lagi memang selalu macam ni...macam sekarang ni aku nak sangat kasut nike yang aku suka tu tapi aku tak boleh nak memiliki kasut tu diatas sebab-sebab tertentu...haih...tu satu hal...ni ada lagi satu hal yang aku rasa macam aku kecewa sangat dan down sangat...bayangkan lah dari dulu sampai sekarang aku berkerja siang malam sampai aku penat,kesihatan tak terjaga tapi aku tak boleh nak buat simpanan untuk diri aku sendiri...semua hasil titik peluh aku aku buang macam tu ja...aku bukan lah nak mengungkit dengan apa yang telah aku korban kan...tapi aku rasa at least bagi la aku dapat apa yang aku nak sekali....aku selalu dapat apa yang aku tak mau dan 50:50 terhadap benda tu....tambah sekarang pulak aku dah nak bertunang duit lagi semua tu...aku tak kisah la macam mana pun tapi masalahnya sekarang ni tahun depan ataupun tahun 2014 aku akan menikah atau kahwin...insyaallah kalau jodoh kami panjang...bila dah terikat aku rasa bebanan terhadap diri aku sangat sangatlah berat sebab aku masih muda untuk hadapi semua ni...tapi aku tak salahkan dia kerana aku sendiri yang nak benda ni....aku tak boleh salahkan sesiapa pun dalam hal ni...tapi tak boleh seorang pun memahami keadaan aku sekarang yang masih tidak tentu arah...yang stabil lagi kehidupan aku...yang depa tau hanya sekadar syok nak aku dengan dia kahwin...depa tak pikiaq langsung keadaan aku macam mana sekarang ni...aku kerja gaji aku tak tinggi macam orang lain...keluargan aku pulak...abang aku sampai sekarangt tak berkerja...dia tak rasa simpati sikit kat aku dengan mama aku yang bertungku-lumus mencari pagi siang petang malam...dia senang saja senang lenang bangun tidoq tengah hari,makan,keluaq,pagi baru balik...tapi mama aku sayang sungguh kat dia haih...mama aku pun tak pernah pikiaq yang gaji aku ni tak la tinggi mana macam orang lain...dia selalu minta lebih kat aku...so macam mana aku nak saving...tapi aku ni jenis tak sanggup tengok depa susah...dengan sapa pun aku macam tu...dengan kawan kawan pun aku nak tengok depa senang ni kan keluarga aku...aku berkerja sampai aku sendiri terlupa nak makan...aku sanggup tolong rakan sekerja aku buat kerja depa sebab depa bagi upah...so aku dapat la duit lebih untuk aku buat makan harian...tapi tak seorang pun yang hargai dengan usaha aku,tak yang memahami aku...depa suruh buat itu ini...sikit pun tak pernah pikiaq aku penat ka apa...haih...aku terasa kadang kadang dengan depa ni semua tapi aki dah tak ada tempat nak luah..jadi kat sini la aku boleh luah pun...tak apa la aku susah pun aku tak kisah tapi tolong la sekali ja faham keadaan aku...aku punya cari rezeki sampai aku tak ada masa dengan kawan kawan aku...aku pun nak jadi macam orang lain juga...boleh saja anytime nak lepak dengan kawan kawan,boleh beli apa yang nak,tak tertekan pikiaq pasal duit...haih memang nasib aku macam ni la kot aku rasa...tuhan berikan ujian kepada aku terlalu berat sampai kadang kadang aku sendiri tak boleh nak tanggung semuanya..haih..."ya allah kalau ini lah cara ujian yang kau berikan kepada aku,kau kuat kan lah iman dan kau tambahkanlah tahap kesabaran aku untuk aku hadapi segala ujian mu ya allah..."....aku mengaku la kadang kadang aku lupa kat DIA...bila aku susah baru aku ingat...kadang kadang la...yala sebab aku pun seorang hamba yang lemah kan...aku harap aku cepat berubah...aku rasa sampai sini saja aku nak luahkan...satg kalau panjang sangat malas pulak nak baca ye tak???...

Ok la to be continue...
Assalammulaikum warahmatullah hiwabarakatuh...




Saturday, September 29, 2012

Orang Gila@Tak Siuman

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...
haa mesti semua tertanya-tanya kenapa tajuk aku kali ni berkaitan "orang gila@tak siuman"...untuk tidak membuang masa aku cerita terus la senang k...

gambar ini sekadar hiasan tak kena mengena dengan yang hidup mahupun sudah meninggal dunia dan tiada niat untuk mempersendakan...



Dah banyak kita melihat ramai orang di negara kita menjadi gila ataupun dalam bahasa lembut sikit tak siuman...selalunya kita melihat orang-orang macam mereka ini kita selalu rasa jijik,yala mesti la kan sebab mereka ini tiada tempat untuk bersihkan diri begitu juga dengan pakaian dan tempat tinggal  mereka...tapi pernahkah kita berfikir tentang masalah yang mereka hadapi sehingga mereka boleh jadi tidak siuman seperti ini??? dari segala pengalaman aku..aku dapati semua yang jadi macam ni segelintir dari mereka adalah seorang yang bijak,kaya,berpelajaran,tetapi mereka di khianati oleh sesama manusia ataupun menghadapi masalah yang begitu besar sehinggakan mereka tidak dapat berfikir secara rasional dan mereka jadi begini...dan ada pula sesetengah yang bermasalah dengan keluarga yang memberi tekanan kepada mereka,dan mereka terlalu berfikir cara untuk menyelesaikan masalah tersebut tetapi ditekankan dengan masalah-masalah lain juga...

Apa yang ingin aku cerita kan ini adalah tentang diri aku dan dia...adakah kami akan jadi seperti mereka suatu hari nanti??? mungkin kerana terlalu tekanan,kami berfikir segala masalah dan ingin selesaikan semua masalah kami tetapi di asak dengan masalah lain...tapi peranan keluarga itu lagi penting bagi aku..tetapi masalah semua ini berpunca dari mereka sendiri...sekarang kami perlu banyak bersabar dan redha dengan apa yang akan jadi...aku hanya berserah kepada ilahi...dia lah akan menentukan semuanya...

Aku boleh terfikir benda ni sebab semalam aku p night market batu feringgi...dan aku nampak beberapa orang yang dalam keadaan tertekan...serabut,jijik,keadaan tidak terurus...dan aku terbayangkan adakah itu aku pada masa akan datang??? 

Sunday, September 23, 2012

Aku rasa lega dan bangga...

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...
..ha tu dia aku mai dah..hehehehehe...kepada pembaca-pembaca blog sihat ka semua? harap sihat la noh...kepada yang menjadi stalker,aku harap hampa bahagia noh hehehehehe...

Ok sekarang aku nak cerita berdasarkan tajuk yang di berikan hehehehehhe gila gila tak aku hhehehehhe...kenapa aku rasa lega dan bangga dengan diri aku...sebab apa tau...ni sebabnya...pada 21 september 2012...tarikh yang istimewa buat aku...aku tak pernah lupa tapi aku buat buat lupa..biasa la suprise kan hehehehhee...so hari tu atau tarikh tersebut aku telah bagi hadiah kepada awek aku...sebab hari jadi dia la masa tu...dan aku rasa lega sebab dia terima walaupun tak seberapa...dan aku rasa bangga sebab aku boleh gak bagi apa dia suka dan dia nak sangat...masa tu dia ingat aku tak bagi apa pun kat dia dan dia ingat aku lupa pasal hari tu...tapi aku saja ja...nak bagi dia suprise la katakan hee..aku suka sangat tengok dia happy macam tu..sekarang aku tak tau la apa dia buat dengan hadiah yang aku bagi tu...haih...

Dan haa hari ni...kira hari ni la dah nak pukui 12 tengah malam kan...hari ni 24 september 2012...haa ni hari jadi mama aku...hee...selamat hari jadi mama...hee...dan hari ni aku dan awek aku bagi barang yang dia suka sangat...dia suka pinggan mangkuk yang cantik cantik...tapi kali ni aku bagi gelas kat dia...awek aku pun sama..saja la sebab pinggan dah banyak kan...dan dia excited sangat...dia suka gila...seronok gila mama aku tadi...iskkk aku rasa bertuahnya...dan aku rasa lega sebab mama aku suka dengan apa yang kami bagi dan aku rasa bangga sebab aku tau apa yang mama aku suka...hee...bangganya...

dan sekarang aku rasa lega gila...settle...aku suka tengok orang yang aku sayang gembira...walaupun aku sendiri tak rasa macam tu kan...biarlah aku susah,aku sedih janji orang yang aku sayang kena gembira dan senang...baru aku akan rasa lega...dan sebab ni la aku bangga dengan diri aku...kan aku dah cakap
"aku tak ada apa orang lain ada,tapi aku ada apa yang orang lain tak ada"
pasal hadiah maaf aku saja tak mau boh sebab aku bagi bukan untuk menunjuk...tapi kalau orang yang terima hadiah nak boh...ikut suka mu la ye...aku nak tido dah esok kerja yeahhh...assalammualaikum...

Monday, September 17, 2012

Tabahkan diri...

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...
aku kembali dengan cerita yang berlainan...bukan nak cerita sangat pun..cuma nak ingatkan diri aku dan semua orang la...apa yang aku nk cerita ni bukan sahaja berkaitan dengan aku..tapi dengan sayang aku dan juga semua orang la...pasal bercinta la juga...untuk orang yang belum kahwin atau yang dah cerai pun boleh baca hahahahaha...maaf la aku memang suka merapu macam ni sebagai mukadimah hee...

Macam ni ceritanya..apabila kita semua manusia di ciptakan di dunia ni...kita semua akan berada,menhadapi,berdepan dengan masalah dan ujian ujian yang di berikan oleh ALLAH S.W.T untuk kita semua sebagai manusia...NABI MUHAMMAD S.A.W pun terima ujian...dan ujian yang beliau terima lebih berat dari kita sebagai manusia biasa...ini kerana ALLAH S.W.T hanya akan turunkan ujian ujian yang setimpal dan ujian yang kita boleh hadapi..ini kerana ALLAH S.W.T tidak kejam...malah maha penyayang...tapi kita rasa ujian itu berat terhadap kita...sebab tu kita kena selalu ingat minta kepada-NYA supaya ringankan segala ujian...terutama ujian dalam hidup berpasangan....macam ujian yang aku sedang hadapi ni la...

Aku dengan awek aku tenpuh bermacam-macam ujian dan halangan yang aku rasa terlalu berat...tapi aku amat bersyukur kerana aku di berikan kekuatan yang amat kuat untuk aku tempuhi segala ujian dam halangan yang sedang kami hadapi sekarang ni..mula mula aku rasa tertekan sangat dengan masalah masalah yang menimpa kami...tapi sekarang aku rasa aku kuat untuk hadapi semua ni...dan sekarang aku rasa aku sangat tenang...walaupun banyak masalah yang sedang melanda aku...dan masalah yang paling teruk sekarang berpunca dari ahli keluarga...tapi aku percaya hubungan aku ngn awek aku sangat kuat sebab tu aku berani berjuang dan aku berani ke hadapan untuk berlawan dengan segala ujian yang di berikan...dan masalah yang di lemparkan kepada kami...dan aku berharap awek aku pun ada kekuatan untuk hadapi segala ujian yang di berikan...


"Ya ALLAH,kau berikanlah kami kekuatan untuk hadapi segala ujian mu ini ya ALLAH..Ya ALLAH jikalau boleh,kau kurangkan lah beban ujian mu ini ya ALLAH...kerana kami hanyalah hamba mu yang lemah lagi hina...dan kuatkanlah hubungan kami sampai kami tidak bernafas lagi...aku sebagai hamba mu yang hina lagi lemah mohon dan merayu kepada mu ya ALLAH...AMINNNN"

Sunday, September 9, 2012

Akan Dapat Atau Dah Dapat???

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...
haih dah lama aku tak update blog ni aih...bukan apa agak malas sebab masih ada stalker stalker yang setia menanti hasil karya aku hahahahaha...ok la ni la aku nak tulis ni...baca elok elok noh...hehehehehee
hari ni selesai sudah khusus kahwin aku...fuhhhh punya meluat la aku nak p sana...yala sapa yang nak p kan dah la dari pukul 8pagi-5petang...gila ka apa sama waktu kerja aku ja..tapi aku kerja 9-5.30 la...nasib dah habis semua ni...tapi banyak lagi benda nak buat...nak selesai kan pasal tunang dulu lepas tu terus fikir pasal kahwin...sebab aku tak mau lambat lambat...kalau boleh nak cepat...bukan gatai atau ikut nafsu tapi nak keluaq dari masalah yang dok ada sekarang ni ja...macam macam masalah ada...tapi secara tak langsung aku nak mendirikan masjid...bukan nak buat kerja jahat kan...duit dah ada kan nak buat macam mana...alang alang buat terus la senang...
Tapi sebelum tu aku nk ucapkan ribuan terima kasih pada semua yang terlibat memberi sokongan yang kuat kepada aku dengan sayang aku(anin)...terutama keluarga dia...Mak(tok),Mama,Pakchaq,Paksu...depa ni la banyak bagi sokongan yang kuat kat kami sampai kami boleh sampai macam sekarang...sebut ja pasal depa ni aku jadi sebak sangat sangat...yela mana aku tak sebak kan...depa layan aku macam ahli keluarga depa sendiri...serius la aku cakap...keluarga aku sendiri aku pun tak pernah layan aku macam tu...nak tau macam depa layan aku tak??? kalau tak mau tau tak payah baca part ni aku tetap nak cerita gak...macam ni depa layan aku...aku mulakan dengan MAMA dulu ya..MAMA..ibu kepada anin awek aku la...bakal bini aku hee...MAMA ni layan aku terlalu baik sampai apa pun aku ja...dan banyak gak la support aku...tambah tambah masa aku p buat show kat KL hari tu...dan MAMA percaya kat aku...MAK(tok) plak...MAK ni anggap aku macam anak dia dah...dia layan aku macam anak dia betul...bagi aku makan..jaga makan minum aku sampai sanggup hidangkan makanan kat aku,masak kat aku,masak apa yang aku nak makan pula tu...ambil berat pasal aku...dan MAK juga la yang banyak tolong aku dalam banyak hal...PAKCHAQ pula layan aku macam anak menakan dia...puji aku nonstop hehehehe macam tu gak dengan isteri PAKCHAQ,MAKCHAQ layan aku baik sangat...PAKSU pun sama juga...tak mau cerita panjang la benda paling hebat bagi aku,PAKSU bagi aku aiq sebab masa aku makan tak ada aiq...aku lupa jasa DADDY...DADDY adalah bapa tiri kepada anin...dia pun baik gak dengan aku...banyak dah dia tolong aku sampai benda paling berharga untuk aku ialah motor dia,dia bagi terus kat aku...bagi macam tu ja tau...lepas tu sepupu sepupu anin pula layan aku macam sepupu depa...macam tu juga dengan adik adik anin...

Ya ALLAH,kau telah berikan aku sesuatu yang aku inginkan selama hidup aku ya ALLAH...kau telah berikan kebahagiaan sebuah keluarga dalam hidup aku walaupun aku tak pernah rasa dalam keluarga aku sendiri...aku bersyukur kepada mu ya ALLAH...ya ALLAH ya TUHAN ku yang maha PEMURAH lagi maha PENGASIH,kau berikanlah kebahagiaan kepada keluarga ini,berikanlah mereka rezeki yang melimpah luah dan yang halal...berikanlah mereka ketenangan dan semoga mereka tiada lagi konflik di antara mereka...aminnn

MAK,MAMA,PAKCHAQ,PAKSU,DADDY,MAKCHAQ,MAKSU dan seluruh keluarga ini...azri nak ucapkan ribuan terima kasih kerana terima azri seadanya di dalam keluarga ini...terima kasih sebab layan azri macam ahli keluargaa ini..terima kasih atas jasa jasa semua kat azri...segalanya azri nk ucapkan ribuan terima kasih...jasa semua azri tak tau nak balas macam mana...sebab azri seorang yang tak ada dalam hidup...TERIMA KASIH SEMUA...

Kepada sayang b..terima kasih sangat sangat sebab selama ni berikan b kebahagiaan dan sayang sanggup berkorban apa saja untuk b..terima kasih sayang...jasa sayang b tak dapat nak balas dengan hanya berterima kasih,b pun tak tau macam mana nak balas...btw...terima kasih sayang...I LOVE YOU SAYANG


Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin...
haa ni aku nak cerita apa yang jadi harini...hari ni aku rasa ok la juga raya hari ni kan sebab semua berjalan dengan lancar dan tiada apa apa masalah...pagi pagi tadi tak sempat aku nak
makan semua kawan2 aku mai beraya... terima kasih kawan kawan sebab mai rumah aku pagi ni...macam macam ragam jadi tadi hahahahahaha pekena budak budak yang mai minta duit raya memang best hahahahaha kami melawak macam orang gila terbaik la...lepas tu kami p rumah mak chaq aku...agak lama tunggu tapi tak sapa mai so aku beraya dengan mak chaq dan pak chaq aku ja ...cuma aku tak sempat beraya dengan mak lang,pak lang,paksu dan maksu aku sebab depa lambat sangat tadi kan so kami pun balik...tapi kami tak balik pun kami p rumah tunang abang aku...kak dania...dan alhamdullilah aku denagn dia dah ok...pas tu kami balik rumah dan aku mula bosan sebab tahun ni tak
meriah la...sebab aku tak banyak aktiviti raya tahun ni..huhuhuhuhuhu tapi tak apa esok ada lagi...lagipun aku cuti seminggu minta minta jangan la aku dok ja kat rumah ni...tak boleh hidup aku huhuhuhuhuhuhuhuhu... yang penting hari ni aku dah ok dengan abang aku tapi still tak cakap dan hari ni 1st time dia peluk aku kuat kuat...lain macam pun ada ni...tapi tak pa la...janji aku dah tunai kan tanggungjawab aku sebagai seorang adik...tak payah banyak la aku melaluk kat sini...aku chow dulu ok...
ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN








Saturday, August 18, 2012

istimewanya jadi anak sulung

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...
haih dah lama aku tak update blog ni...mungkin sebab aku tak dak masa nak update...banyak dah jadi sepanjang aku tak update blog tapi aku tak mau cerita la sebab sakit kan hati aku saja...sekarang bulan puasa sekarang...dan hari adalah hari terakhir untuk bulan Ramadhan...esok raya..dan tadi aku layan cerita Kabhi Kushi Kabhi Gham...saja layan hindustan...dan secara tak langsung aku teringatkan abang aku...dan juga anin...agak sebak untuk mulakan cerita ni...tapi aku perlu kuat kan diri aku untuk semua orang sebab semua orang perlukan aku...

Aku teringatkan tentang kasih sayang keluarga terhadap ANAK SULUNG mereka...betapa umtungnya jadi abang dan anin...untung dan istimewanya sebab mereka di berikan kasih sayang yang tidak terhingga...tak hilang dari hati sebuah keluarga...setiap kali aku bercerita tentang ni aku mesti teringatkan pasal keluarga aku yang sangat besar dulu dan sekarang makin kecil...huhuhuhu...anin pernah cakap yang dia adalah cucu dan anak kesayangan keluarga dia...begitu juga abang aku...mereka tak pernah rasa terbuang,tak pernah rasa di hina,tak pernah rasa orang asing dan mereka tak pernah rasa apa yang aku rasa...walaupun hati aku keras tapi sebenarnya aku seorang yang lembut hati...aku mudah terasa...terketar tangan aku nak menaip tentang ni...tapi aku paksa diri aku sebab aku tak boleh nak simpan lama lama...lihat lah betapa besarnya martabat jadi anak sulung di dalam keluarga...kami sebagai anak berikutnya terpaksa mengalah dan korbankan segala kebahagiaan kami demi anak sulung,,,sebab jika tiada anak sulung tiada lah kebahagiaan di dalam keluarga...

Ya Allah,kau berikan lah aku kekuatan untuk menerima segala ujian dan semua yang terjadi ini ya allah...esok adalah hari raya...telah menjadi tema kami sekeluarga bermaaf maafan antara satu sama lain...tapi hati aku tetap kata yang aku takkan minta dan memaafkan abang aku atas apa yang dia dah buat...dan dia buang aku dari hidup dia...dia tak mengaku aku sebagai adik dia...dan pernah kata dia takkan tengok mayat aku bila aku mati nanti...masa tu aku sebak tiada siapa yang tau...aku menangis tiada siapa yang perasan...walaupun terang terang salah dia tapi aku tetap di persalahkan...dari aku kecik sampai la sekarang...sebab tu aku cakap untung dan istimewanya jadi anak sulung...haih...kuat kan semangat aku ya allah...

Aku juga nak berterima kasih dengan anin sebab bagi aku rasa kasih sayang keluarga dia...tapi aku tak tau sampai bila dan aku tak tau sama ada mereka ikhlas atau pun tak...yang penting aku pernah dengar aku lah orang dan cucu kesayangan...

Sunday, July 8, 2012

hilangkan tekanan!!!

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...
Selamat pagi semua...haih penat pun tak habis lagi ni...mengantuk pun ada lagi tapi aku tak boleh tidur sebab sakit dada...dah 2hari sakit..mayb sebab hari sejuk kot...so tahan jala...huhuhuuhuhhu...semalam aku dengan kawan2 aku...flip,alap.apple dan ayan...p Kolam Air Panas-Baling,Kedah...enjoy juga kat sana hehehehehehehe...tapi depa dah buat kolam baru fake punya jadi tak best gila dengan tak panas...ada 3 kolam ja...kolam budak budak,lagi satu terus tak panas,lagi satu suam je...tekanan
gak kami semalam tapi yang lama ada lagi cuma terlalu ramai manusia kat sana so kami mandi kat kolam baru tu...




ni la kolam tu..ni yang lama tapi ni bukan semalam sebab aku amik kat google je...semalam penuh sampai kat tepi tepi tu tak boleh duduk...kolam yang baru tak dak gambar lagi sebab baru sangat kot...tak pa lain kali aku p lagi aku amik gambar...semalam tak boleh amik gambar sebab kami semua pakat nak mandi...hehehehehehe...tapi enjoy la dapat kawan kat sana...sekumpulan lelaki tu ok la sporting dan tak kacau orang...hehehehehe...kami tengah mandi tu tiba hujan walaupun hujan sat ja tapi lebat...tapi semua orang tak peduli...mandi ja...kami mandi sampai pukul 4pagi...so dah penat kami pun tukar baju dan pulang...dalam perjalanan balik tu jalan gelap gelita...ada sebiji kereta kancil aku tak tau la rosak ka apa tahan kereta kami siap panggil lagi...aku tak berhenti la yela takut juga jadi apa apa kan...dah la aku bawa anak orang yang masih sekolah....terus kan perjalanan sambil aku bermain tutup lampu kereta walaupun aku tau jalan sana gelap gelita...tapi alhamdullilah tiada apa yang berlaku dan kami selamat pergi dan balik...alhamdullilah...



ni la peta dia harap semua paham la sebab aku pun amik kat google ja hahahahaha aku bagi kat sapa yang tak pernah p ja ok...yang dah pernah p dok diam diam...


ni pintu gerbang dia ni kat depan nak masuk kena masuk dalam lagi...
tiket nak masuk ni ha aku bagitau...
Dewasa:RM6.00 seorang
Kanak-kanak(bawah 12tahun):RM4.00 seorang...
ada chalet tapi aku tak tau harga...selamat mencuba hee...salam satu malaysia...


Saturday, July 7, 2012

kehilangan sesuatu yang dikasihi!!!

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...
Hari ni aku update awal sikit sebab takut aku lupa apa yang aku nak tulis...so sekarang aku nak kongsi pasal apa yang terjadi dua hari lepas dan juga semalam...iaitu hari paling sedih aku dan juga semua ahli keluarga aku...


DIASA BINTI SAID atau tok aku la senang atau lebih di kenali di dalam keluarga kami dengan panggilan TOK TEH...telah menghembus nafas terakhir beliau pada 5 julai 2012...pukul 18.45pm...aku dapat berita ni masa aku tengah berlatih menari...mama aku kol dan bagitau aku pasal hal ni...jadi aku kalut la balik rumah dan mandi...dan terus pergi amik kereta...dan terima kasih kat keluarga anin sebab bagi kata semangat...dan juga terima kasih kat sahabat aku yang dua orang ni sebab teman kan aku dan melawat dan juga membaca yassin kat arwah tok aku pada malam tersebut...jasa hampa akan ku kenang hingga akhir hayat aku...dan pada malam tu juga ramai ahli keluarga aku datang melawat arwah...semasa aku m

elihat wajah tok aku masa tu aku nampak muka dia suci sangat dan aku nampak dia tenang ja...aku berasa lega kerana aku dapat melihat dan membuat kucupan terakhir kepada tok aku...

Dan jenazah telah selamat di kebumikan pada 6 julai 2012 pukul 11.00am di kampung beliau...alhamdullilah semua nya selamat...terima kasih kepada sesiapa yang membantu kami pada masa tu...dan terima kasih kepada ahli keluarga yang lain sebab telah membantu kebumikan arwah dengan sempurna...dan berkerjasama pada masa tu.
..kepada semua ahli keluarga aku jangan lah kita terus bersedih kerana allah s.w.t lebih sayangkan tok...kita berdoa lah semoga rohnya di tempatkan di tempat orang orang yang beriman dan tenang di sana...dan permudahkan lah urusan akhiratnya...

Tok aku adalah seorang yang ceria...yang mudah di dekati dan peramah orangnya...dia pandai urut..urutan tradisional...dah banyak pesakit pesakit sendi,urat dan macam macam la datang dan minta tolong arwah...aku rasa macam aku orang paling kehilangan tok...sebab aku rasa aku tak pernah di manja dan di belai...tapi tu kisah lama apa apa pun dia teteap tok aku...tanpa dia aku tak lahir kat atas muka bumi ni kan...

Tok adik pijan harap roh tok tenang,di tempatkan di tempat orang orang yang beriman dan dimudah kan segala urusan tok di sana...keluarga tok yang masih hidup ni akan selalu berdoa untuk tok...dan sesiapa yang pernah seksa tok atau buat apa apa yang jahat kat tok akan di laknat oleh ALLAH S.W.T...selamat tinggal tok...tok sentiasa berada di hati kami sekeluarga...kami semua sayang tok...

AL-FATIHAH




Monday, July 2, 2012

MAAFKAN SAYA AARON AZIZ&SHAHEIZY SAM!!!

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...
Haa ni aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang telah menjadi STALKER untuk amik tau hal aku dan juga awek aku...bukan apa...sebab hampa la aku terasa POPULAR sat dan juga aku rasa macam aku ni seorang ARTIS PALING POPULAR pulak dah hehehehehehe walaupun hanya extra...hehehehehehehe...wow bangga nya aku...dan terima kasih juga sebab hampa aku dengan awek aku selalu baik lepas kami gaduh...bahagianya aku ni...hahahahahahaha...aku pun tak tau nak balas jasa hampa ni...sebab terlalu bagus untuk kerjaya...ish...mana hampa belajar ek..aku ingat nak sambung belajar nak amik kos STALKER gak la sebab boleh menjamin masa depan aku....aku berlakon rasa macam slow la..tapi jamin gak masa depan aku ni...tapi aku nak tambah pendapatan aku ni...rasa macam best plak bila duit banyak kan...hadoiiii bila jadi macam ni aku rasa bersalah pulak dengan AARON AZIZ&SHAHIEZY SAM..yela aku dah rampas tahkta depa dua sebagai artis paling popular...huhuhuhuhuhuhuhu...kesian la plak...tapi nak buat macam mana dah aku ni TERLEBIH HOT...bak kata KRU "TERHANGAT DI PASARAN"...nampak tu hehehehehehe...tak terkata aku neh sebab terlalu popular ish...aku ingat zaman aku hot hot ni dah habis rupa nya ada lagi...huuhuhuhuhhhuhuhuu...dan masalah nya kalau siSTALKER nak tau bukan EX EX GIRLFRIEND ja yang tengah jadi STALKER ni...haih..PEMINAT YANG BARU PUN ADA...ish aku pun pening sampai aku tak tau siapa stalker stalker ni...tapi ok sebagai artis dia bukan tau siapa peminat peminat dia kan...tambah tanbah yang suka minat dalam diam ni... btw THANKS U ALL SEBAB SOKONG SAYA DAN UNDI SAYA SEBAGAI LELAKI PALING POPULAR DAN TERHANGAT...dan aku nak bagi kata semangat ni...SEMOGA KERJAYA U ALL SEBAGAI SEORANG STALKER BERJAYA DAN MENDATANG KAN KEBAHAGIAAN KAT U ALL YE...RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL...ASSALAMMUALAIKUM...


CALON LELAKI TERHANGAT DI PASARAN...
NOOR AZRI AFIZAN BIN AZHAR
a.k.a
KECHIX

jika ada suka undi lah dengan hantar sms ke 33036..
cara nya:
taip hot jarak kechix jarak 50 atau 100 dan hantar ke 333036

Thursday, June 28, 2012

aku seorang lelaki yang kuat...

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...
Oi oi Waraaa...setelah aku pusing satu penang akhirnya aku sampai juga kat rumah...fuhhh letih aku nak p tenang kan fikiran...dan sekarang aku dah ok...aku bukan apa aku terlalu ikut perasaan...masuk ni hari ketiga aku ada masalah dengan dia...hadoiii ujian dalam hubungan kami sangat la besar...sangat la susah untuk kami tempuh...tapi aku percaya kami kuat...aku cuma perlu bagi ruang untuk dia b

ernafas...aku nak cakap aku sayang kat dalam ni pun macam tak ada guna sebab aku takut dia kata aku main main or sapa sapa jala kata kan..yela dah terang terang dia boleh baca sebab tu aku tulis...jadi aku pun simpan ja la dalam hati aku...aku rasa dia tak sed
ar lagi betapa besarnya sayang aku kat dia...betapa kuatnya cinta aku kat dia...dan aku harus cari jalan untuk bukti kan semua tu...aku akan berusaha sampai boleh...aku percaya dia masih sayang kan aku,dia masih cinta kan aku...dia boleh terima aku lagi...aku harus kuat...ya tadi aku hampir kemalangan di atas jambatan sebab aku terlalu pikir pasal dia...tapi alhamdullilah dengan apa yang

aku belajar dari seseorang supaya ingat allah selalu berzikir...aku berjaya hadapi masalah aku...dan aku boleh berfikir dengan waras...alhamdullilah...nasib la iman aku kuat lagi kalau tak tadi aku boleh buat kerja bodoh...


sayang...
b nak sayang jadi kuat macam b...b percaya sayang boleh...sebab sayang tunggu b 4tahun kan...lama tu sayang...dan dalam setiap perhubungan mesti ada ujian yang patut kita tempuh...kita hadapi dengan tenang sayang...bila kita ada masalah macam ni kita banyak kan berzikir...ingat allah...insyaallah kita akan tenang dan kita boleh hadapi segala rintangan yang datang...ujian...semua la...tadi sayang tak dapat berfikir disebabkan hasutan dari syaitan...sayang banyak kan berz
ikir dan ingat allah ye sayang...macam mama sayang pernah kata..."hampa ni couple putus couple putus banyak kali dah,sekarang couple balik,tu tandanya jodoh hampa panjang la"...ingat kan kata kata mama...b rasa kita akan kekal kalau kita pandai selesai kan masalah kita dengan tenang...sayang b akan cuba sedaya upaya b untuk jadi lelaki yang sayang suka...


Tuesday, June 26, 2012

sayang&pergi...

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...
Hurmmmm dah masuk hari kedua kami bergaduh di sebabkan ex aku...hadoiiii apa punya ex la...kalau nak kat aku balik bagitau jala jangan bagi aku gaduh dengan dia...herrr aku dah tak tau nak buat apa dah...aku pening dah tertekan sangat...

kenapa perlu jadi kat aku macam ni??? set
iap orang yang aku dah sayang mesti akan ada masalah dan mesti akan tinggal kan aku...adakah ini satu balasan atau ujian ke atas diri aku??? kenapa perlu jadi macam...aku terpaksa suruh budakbudak aku cari dia sebab aku terlalu risau kan dia...dia nak tinggal kan aku pun tinggal la aku tak kisah...sebab aku redha apa yang jadi...aku dah penat macam ni..huhuhuhu btw thanks Apple,Ayan,Flip dan miera edora...sebab hampa tolong aku sampai boleh...aku hargai..tapi kalau tak berjaya aku tak boleh buat apa dah...aku dah tak larat dan tak kuat untuk hadapi semua ni...
setiap orang yang aku sayang..mesti tinggalkan aku...
mmg nasib aku kot noh...redha jala...s
ebab tu la aku takut sangat nak ucap sayang kat seseorang...aku dah malas...aku dah tak mau hilang orang yang sayang..inilah yang terakhir aku ucap sayang untuk dia...nanti aku takkan ucap sayang dah kat sapa sapa...aku terpaksa keluar...harap maklum...salam..

herrrrrr tekanannnnnnnnnnn

Monday, June 25, 2012

aku redha ja la...

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...
Hurmmm aku dah tak tau nak buat apa sekarang ni...nampak gaya dia macam betol betol nak break up dengan aku...tahniah...sebab berjaya buat awek aku tinggal aku..dan aku akan simpan dendam aku ni...serius aku dah buntu dan tak tau nak buat apa...so sekarang ni aku nak buat hal aku ja aku tak mau amik tau hal orang...amik tau pun tak guna sebab aku kena balik...damn...

amat tertekan...

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...
Hari ni aku update awal sikit laaa...sebab aku takut aku lupa apa yang aku nak tulis...selalu macam ni la aku selalu lupa sebab tu kadang kadang aku tak update blog ni...uhuhuhuhuhu...

hari ni aku tertekan gila nak habaq kat hampa..sebab apa tau...sebab satu nya awek aku ni suka layan ex ex aku..dah tau depa tu suka buat cerita pasai aku,perburuk aku...tak dia layan gak ko
nonnya sebab nak tau pasal aku...macam lah dia tak kenal aku...sekarang dia yang sakit hati...lepas tu salahkan aku pulak...jujur aku cakap aku takkan minta maaf dan aku takkan pujuk kalau aku rasa aku betul dalam apa apa hal...aku takkan mengalah dan aku bukan jenis tunduk kat orang...sebab aku hanya tunduk kat maha berkuasa sahaja...

aku sedih sebab aku dah cuba berubah supaya dia percaya kat aku...aku berubah sebab aku betol betol suka kat dia...tapi ini yang aku dapat...aku di tuduh macam macam...siap cakap kat aku jangan sms dia...haih..aku tak tau apa masalah dia...aku dah cakap jangan layan ex aku tu tapi dia layan jugak...dia kata takkan gaduh..tapi sekarang??? aku rasa dia tak boleh fikir dengan betol lagi la...masih pendek pem
ikiran...tekanan aku di buatnya....

ya allah ini kah ujian yang kau berikan pada aku ya allah...


dia kata dia kecewa dengan aku...dia tau tak aku lagi kecewa...sebab dia tak pernah percaya kan aku...dan susah nak dengar apa aku cakap...aku rasa dia memang tak boleh tahan dengan aku...adakah dia akan undur diri??? atau dia nak aku yang tinggal kan dia??? atau dia nak selesai masalah ni dengan baik???


aku rasa nak p tenangkan fikiran sat...asslammualaikum

Sunday, June 24, 2012

yessss i did it!!!!

Assalammualaikum dan Salam 1Malayisa...
Aku rasa bangga dengan diri aku sekarang ni sebab aku dah buat yang terbaik untuk diri dia...aku dah berjaya buat kejutan yang dia nak sangat...dan secara tak langsung aku bagi dia gembira sampai jadi macam orang tak betol dah hehehehe,,,aku rasa aku dah bukti kan yang aku betol betol suka dan nak kat dia...aku harap dia ok dan percaya deng
an aku lepas ni...dan yang penting aku lah lelaki pertama bagi hadiah dekat dia..aku rasa bangga gila ni hahahahahaha...dan dia macam tak percaya ja apa yang dia dapat dan alami tadi...hahahahahaha dia takkan tak tau dia bercinta dengan pelakon hahahahahahaha apa la...


ni dia kejutan yang aku bagi hahahahahahaha dia terkijut gila...dan sekarang terlompat macam beruk hahahahaha...
btw
i love u very much honey...

Happy Annivesary!!!

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...
Hari ni hari paling aku rasa hari gila hahahahahaha..sebab apa tau ni dia aku nak habaq mai...macam ni bunyi dia...

Hari ni aku dan dia nak celebrate la an
niversary kami..tapi sebenarnya isnin ni tapi terpaksa keluar hari di atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan...so aku pun macam biasa p la amik dia kat rumah dan aku rasa ok la sebab tak payah tunggu dia buat kali pertama hehehehehehe...kami p makan kat kepala batas...ikan bakaq..sedap weh...tapi aku macam biasa la marah marah dia..hehehehe memang aku macam tu pun...tapi hari ni kami tak bawak kereta kenari..hari ni kami bawak honda accord...yang lama tu tapi nampak gahh gak la kan...tengah bawak tu tiba tiba air-cond pulak rosak...tak sejuk kami kepanasan...bila kami sampai ja kat kedai makan kat kepala batas tu kami ternampak satu kedai repair air-cond kereta...kami pun singgah la suruh dia buat..consider bocor daa..so aku pun suruh la cina tu buat jugak sebab kereta aku gak tu...aku ingat lepas makan siap la..tapi kami kena tunggu lagi sejam...nak p dating last skali sangkut kat kedai repair kereta damn..dah tu kena RM370...mahal dowh serrr nya...


ok habis dah buat air-cond kereta...skali sejok gila cina tu buat...kami pun teros kan perjalanan..kami p bukit jambul(bj)...penang...kami p cari hadiah kat adek aku dengan adek dia la...herrr tekanan gak sebab di ganggu bapak dia..tapi aku tak boleh buat apa..macam ni la aku tak mau cerita panjang...yang penting kereta accord tu tok dia(mak) bagi aku bawak balik dah tapi kena tersadai sat la sebab aku bukan ada duit...kereta tu makan minyak terok kot...ok pendek kan cerita...eh sat nak bagitau ni tadi masa kat par
king aku dah buat kejutan kat dia...nak senang tengok kat blog dia la hehehehe..pendek kan cerita...kami pun balik la...bila aku sampai ja kat rumah aku terus tengok bawah bantal aku sebab dia bagitau suruh aku tengok bawah bantal aku...aku pun tengok la tau x ada apa?? ada ni...


sempat amik gambar lagi tu hahahaha...tanpa buang masa aku terus buka...nak tengok la dalam tu ada apa...hehehehehe aku ingat bomm dah tadi haahhahahaha rupa rupanya nak tau x apa...benda ni...

ada frame ni la...aku rasa macam budak sekolah dah tapi ok la aku pun tak ada frame nak boh gambar aku dengan dia kan hahahahaha...lagipun dah banyak hadiah dia bagi kat aku...hehehehe btw..thanks sayang...heee...
aku saja sampai sini saja la nohhh..aku pun bukan robot nak taip panjang panjang...
ok salam satu alam semesta...ok..like..

Friday, June 22, 2012

selamat hari tua mu sahabat!!!

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...
Haa..hari ni aku rasa lega dah sebab a
ku dan kawan kawan aku dah sambut hari jadi kawan kami MAULA...haih...kesian aku tengok budak tu yela first time dapat kejutan dan first time orang sambut hari jadi dia...macam aku la masa depa buat kat aku...nak nanges dowh...bukan sebab apa terkejut dan tak sangka gila kot...rasa sedih sebab ada orang ingat kat kita...terharu gila sial...hehehehehe...planning aku hari ni menjadi walaupun last minit tukar tempat..ok la tu buat kat condo kan...hahahaha..btw aku rasa puas dan happy sebab aku dapat tengok kawan kawan aku gembira...alhamdullilah syukur...dan aku harap depa semua dapat rasa kegembiraan yang aku rasa...dan tak lupa juga kat cik mata kita ni sebab ada gak benda yang dia tolong...thanks sayang ku hehehehehe...gila toi dia tu hahahahahahaha...aku puas sangat...lega ja aku rasa...macam orang yang tak ada masalah...senang aku macam ni...selalu hidup aku macam ni kan bagus hehehehehehe...btw walaupun hari jadi maula kami buat kecil kecil ja kira ok la...kami ingat kat dia...kan..harap dia terima dengan hati yang ikhlas dan senang...dan gembira...ni dia kek kami bagi kat dia...

hehehehehehe...aku lupa amik gambar hadiah kami...kami bagi kasut kat dia sebab kasut dia dah rosak terok sangat...tapi lupa amik gambar...lepas tu semua bagi barang peribadi masing masing kat dia...alhamdulillah...semua ikhlas...ingat maula kawan kawan hang sentiasa ada dengan hang..tak kira susah atau senang...k so jangan lupa kawan kawan bila hang dah senang nanti...ingat pesan aku..dah ban
yak kali aku pesan ni...

THIS HAPPY FAMILY

so maula selamat hari tua mu wahai sahabat ku...aku doakan semoga hang di panjangkan umur,di murahkan rezeki...ingat maula setiap masalah ada jalan selesai...setiap manusia ada masalah...sebab tu ujian bagi kita..ingat apa yang aku ajar ok...ingat kawan kawan ada ni jangan hang buat macam kami tak ada pul
ak k...

SELAMAT HARI TUA MU MAULA a.k.a LAZY...


Thursday, June 21, 2012

aku akan usaha...

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...
ada lagi aku ni..hahahhahah..saja ja aku nak bagitau ni...aku rasa bersalah gila dengan dia sebab aku tak boleh bagi apa yang dia nak...serius aku tak boleh...macam tak guna ja aku ni kan..haih..tapi aku akan cuba aku akan usaha sampai boleh walaupun aku tak boleh buat sampai tahap yang tinggi..janji aku nak sangat ten
gok dia gembira...

sayang b akan usaha apa yang b mampu ok...b akan usaha...b akan usaha untuk sayang...b sayang sayang...I LOVE YOU SO MUCH HONEY...


i love you mom...forever...

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia....
aku pun nak update gakk...tadi dekat fb aku terbaca satu artikel..tajuk mana mak? by saya benci kepada orang yg membuang bayi..,
sedih sangat..tetiba teringat kat mama aku...dan aku terus teringat pasal aku bergaduh dengan abang aku...masa tu abang aku nak pukul aku..mama aku sanggup pertahankan aku dan dia yang kena..sedangkan aku dah besar...aku boleh jaga diri aku...tapi mama sanggup peluk aku sebab takut aku kena pukul...ya allah sampai tahap tu kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya...ibu sanggup pertaruhka
n nyawanya sebab nak pertahankan kita...kenapa kita tak buat macam tu??? kita kita selalu lupa semua tu??? aku tengok banyak sangat bila ibu kita dah tua mesti akan di abaikan...but why??? apa salah dia??? ingat lah ibu kita yang mengandung kita selama 9bulan 10hari...huhuhuhhhhuhuuhuhhu..

mama angah sayang mama lebih dari nyawa angah...angah sayang mama...tapi mama tak pernah tau macam mana angah sayang mama..sebab anak mama ni tak suka tunjuk yang dia s
ayangkan seseorang...mama angah nak jaga mama...angah sanggup mati untuk mama...mama tau kan angah ni kuat...keras hati...angah sayang semua keluarga kita ma...angah harap angah di cipta untuk pertahankan mama dan keluarga kita...angah sentiasa nak tengok keluarga kita gembira dan bahagia...angah minta maaf kalau angah ada buat salah...angah minta ampun...kalau la mama dapat baca apa angah tulis ni....hurmmm I LOVE YOU VERY MUCH MAMA...I LOVE YOU FOREVER...


I LOVE YOU MOM!!!

tukar suda...heee

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...
haa ni dia cek nak habaq mai..tu dia penang kawww pnya mali..hahahahaha...ni nak habaq ni aku sekarang dah lain...hahahhahahaha..bukan apa aku nak buat benda apa yang dia suka...dia suka korea so aku dah try dengar lagu korea...boleh la layan tapi bukan semua...nak buat rambut korea memang tak boleh dah sebab rambut aku ker...kerinting...so aku dah pakai macam korea..tapi tak berapa nak jadi..ish...tak selesa...tapi bukan semua a
ku rasa tak selesa...setengah ja...kira oraittt la tewwww...dan hari ni...tadi la..aku tengok filem aku ada,kau ada? ok la aku tengok..aku tengok sebab aku nak masuk dunia dia sebab dia suka sangat cerita cintan cintun ni so aku saja nak tengok sebab aku rasa aku patut adil nanti masa nak tengok wayang...yela dia ikut ja aku nak tengok filem apa pun...so apa salahnya aku pula ikut dia...dah macam macam dia buat untuk aku so sekarang aku pula nak buat untuk dia...hee

aku terbaca twit dia..hadoiii sayang
maaf b tak boleh nak buat kejutan kat sayang..tapi b cuba ok...huhuhuhuhuhuhu aku kesian juga kat dia sebab dia tak pernah dapat macam mana perempuan lain dapat...aku rasa bersalah la..btw i love you so much...sayang sabar mungkin sekarang sayang tak dapat tapi nanti kita tak tau lagi...i'm so sorry honey...i love you so much..mmmuuuaaahhh...




ok la salam satu dunia...byee

Wednesday, June 20, 2012

kenapakah???

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...
hari ni hari paling membosan kan aku...aku tak tau nak buat apa hari ni...gitar tak main...menari pun tak...hadoiii tekanan kot...jerawat pula naik time aku tengah tekanan macam ni...sial lah...dan benda yang paling aku hairan sangat hari ni awat awek aku ni lain macam ja..dah la tak ada mood...nak sembang dengan aku pun mau tak mau ja haih...adakah aku ada buat salah dengan dia??? atau ada benda lain yang buat dia jadi macam tu???...aku tanya haram dia tak mau bagitau..tapi aku tau mesti ada sesuatu yang tak kena kat dia hari ni...aku malas la nak paksa dia bagitau aku...kalau dia sayang aku dia kena bagitau aku apa masalah dia...sebab dia gak yang cakap kat aku tak mau ada rahsia di antara kami..sebab parents kami tak ada rahsia antara satu sama lain..parents dia ja la...sebab aku ada mama aku ja..abah dah tak tinggal dengan kami dah...huhuhuhhhuhu sekarang ni aku nak cakap pasal awek aku...awat dia lain ek??? awat dia tak ada mood ek???awat dia jadi macam tu??? kenapa dia tak mau bagitau kat aku...sapa aku untuk dia ek???...kalau aku ada buat salah kenapa dia tak cakap ja dengan aku??? kenapa dia kena simpan???...kalau ada masalah lain pun kenapa tak bagitau aku??? kan dah banyak soalan aku tanya haih...macam macam jadi dalam hidup kita ni sebagai manusia..ada manis ada pahit...apa pun yang terjadi dalam hidup ni kita kena lah redha sebab semua nya dah di tentukan oleh-NYA...tapi sesetengah manusia tak dapat terima dengan dugaan yang di beri kepadanya..sebab tu la banyak kes bunuh diri sekarang hahahahaha...melalok dah aku ni haih...sambil dengar lagu sambil update blog memang cara aku...kalau sunyi tanpa lagu aku tak boleh nak update sebab tak ada idea huhuhuhuhhu...apa la aku nak buat sekarang ni..aku rasa lagi baik aku tidoq...minta minta la aku mimpi yang indah indah hehehehehe..ok jom jom jom jom tidoq tidoq...salam satu dunia...peace yooo

Tuesday, June 19, 2012

hukum lelaki berambut panjang...


Sesungguhnya memanjangkan rambut adalah sunnah. Sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Ahmad rahimahullah taala : memanjangkan rambut itu adalah sunnah, seandainya kita mampu pasti kita sudah memanjangkannya. Akan tetapi hal ini perlu penjagaan dan perhatian.

Ibnu Qayyim dalam kitabnya (Zadul Maad) berkata: Rasulullah tidak diketahui membotak kepala , kecuali dalam ibadah (haji dan umrah).

Sesungguhnya sudah datang hadis-hadis sahih yang menerangkan akan sifat (model) rambut Rasulullah Alaihi as-sholatu was-sallam. Di dalam kitab (Al-Mughni), dikatakan; Dan rambut manusia itu disukai seperti model rambut Nabi Sholallahu alaihi wa sallam, apabila panjang sampai ke bahu, dan apabila pendek sampai ke cuping telinganya. Kalau dipanjangkan tidak apa-apa. Imam Ahmad telah menyatakan seperti itu.

Sesungguhnya memanjangkan rambut itu mesti mempunyai beberapa hal yang harus diperhatikan, di antaranya :

1.Ikhlas karena Allah Taala, dan mengikuti petunjuk Rasul, supaya mendapatkan balasan dan pahala.

2.Dalam memanjangkan rambut tersebut, hendaknya tidak menyerupai wanita, sehingga dia melakukan apa yang dilakukan wanita terhadap rambutnya, dari jenis dandanan yang khusus bagi wanita.

3.Dia tidak bermaksud untuk menyerupai ahli kitab ( kristen dan yahudi), atau penyembah berhala, atau orang-orang yang bermaksiat dari kalangan muslimin seperti seniman-seniman dan artis (panyanyi dan pelakon filem), atau orang-orang yang mengikuti langkah mereka, seperti bintang sukan, dalam model potongan rambut mereka serta dandanannya.


4.Membersihkan rambut dan menyisirnya (sikat). Dianjurkan memakai minyak dan wangi-wangian serta membelahnya dari pertengahan kepala. Apabila rambutnya panjang dia menjadikannya berkepang-kepang (anyam/jalin).

Lelaki ingin menyimpan rambut panjang; tidaklah dilarang agama kerana rambut Nabi -shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri adakalanya beliau membiarkan panjang hingga ke bahu. Dalam Saheh al-Bukhari, terdapat hadis dari Anas yang menceritakan; “Rambut Rasulullah mencecah dua bahunnya” (Saheh al-Bukhari, kitab al-Libas, bab al-Ja’di, hadis no. 5452).

Walau bagaimanapun, hendaklah dipastikan gaya rambut tidak menyerupai orang kafir atau orang-orang fasik kerana Nabi bersabda; “Sesiapa menyerupai suatu kaum, ia dari kalangan mereka” (HR Imam Abu Daud dari Ibnu ‘Umar. Lihat; Sunan Abi Daud, kitab al-Libas, bab Fi Lubsi as-Syuhrah, hadis no. 3512).



Apa guna kepuk di ladang
Kalau tidak berisi padi
Apa guna berambut panjang
Kalau tidak berani mati..



#credited to mindaahad